B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Jumlah dagangan negara catat rekod tertinggi

Jumlah dagangan negara catat rekod tertinggi

18 Apr 2022

Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi yang memberangsangkan tahun ini dengan mencatatkan nilai bulanan tertinggi bagi perdagangan, eksport dan import bulan lalu.

Perdagangan berkembang 27.3 peratus kepada RM236.57 bilion berbanding Mac 2021, pertumbuhan dua angka yang ke-14 bulan berturut-turut.

Eksport pula naik 25.4 peratus kepada RM131.64 bilion, pertumbuhan dua angka tahun ke tahun yang kelapan bulan berturut-turut, sementara import meningkat 29.9 peratus kepada RM104.93 bilion.

Ini membolehkan lebihan dagangan meningkat 10.3 peratus kepada RM26.70 bilion.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertumbuhan eksport disumbangkan terutama oleh permintaan luar yang kukuh bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E) selain barangan berasaskan komoditi seperti minyak sawit dan keluaran berasaskan minyak sawit, keluaran petroleum, gas asli

cecair (LNG) serta petroleum mentah.

Beliau berkata, eksport barangan E&E melonjak kepada nilai bulanan tertinggi berikutan eksport yang kukuh bagi litar bersepadu elektronik yang dipacu oleh perkembangan trend pendigitalan.

“Eksport ke pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun telah merekodkan pertumbuhan dua angka, manakala nilai eksport bulanan tertinggi telah dicatatkan ke ASEAN, EU dan Jepun,” katanya.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 28.1 peratus, 28.7 peratus, 27.3 peratus dan 34.8 peratus.

Perdagangan bagi suku pertama 2022 berkembang sebanyak 23.6 peratus kepada RM624.86 bilion, berbanding suku sama 2021, eksport meningkat 22.2 peratus kepada RM344.97 bilion dan import naik 25.2 peratus kepada RM279.89 bilion, manakala lebihan dagangan bertambah 10.9 peratus kepada RM65.08 bilion.

Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai tertinggi bagi tempoh berkenaan.

Berbanding suku keempat 2021, perdagangan dan import naik sebanyak 0.02 peratus dan 2.1 peratus manakala eksport dan lebihan dagangan masing-masing menyusut sebanyak 1.6 peratus dan 14.6 peratus.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataannya berkata, peningkatan eksport pada Mac disumbangkan terutama oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura (RM5.1 bilion), diikuti Jepun (RM2.1 bilion), Korea Selatan (RM1.8 bilion), Kesatuan Eropah (RM1.8 bilion), China (RM1.7 bilion), Taiwan (RM1.4 bilion), Thailand (RM1.4 bilion), Indonesia (RM1.4 bilion) dan AS (RM1.3 bilion).

China kembali menjadi penyumbang utama kepada peningkatan import, meningkat RM3.4 bilion, diikuti Arab Saudi (RM2.9 bilion), Taiwan (RM2.8 bilion), Indonesia (RM2.5 bilion), Singapura (RM2.3 bilion), AS (RM1.4 bilion) dan Thailand (RM1.2 bilion).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata

pertumbuhan tahunan yang sangat ketara dalam eksport digambarkan melalui 166 daripada 255 kumpulan barangan menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dipacu oleh injap dan tiub termionik.

“Bagi import, 186 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon