B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Impiana Hotels rancang bangunkan resort di Tioman

Impiana Hotels rancang bangunkan resort di Tioman

11 Dis 2020

Pemilik hotel dan pengendali Impiana Hotels Bhd merancang untuk membangunkan sebuah resort di Pulau Tioman dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM40 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu berkata pembelian itu akan dilunaskan dengan mengeluarkan 83.33 juta saham baharu dalam Impiana Hotels pada sembilan sen sesaham kepada vendor Impiana Tioman Sdn Bhd, yang hampir keseluruhannya dimiliki oleh Farouk.

Impiana Hotels sedang mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah resort di Tioman yang terdiri daripada 35 hingga 40 villa, sebuah kolam renang, jeti dan kemudahan lain seperti spa dan tempat makan.

Kumpulan itu kini memiliki dan menguruskan sembilan hotel dan resort – masing-masing tiga di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Selain itu, Impiana Hotels turut mencadangkan permodalan jumlah yang terhutang kepada pemilik hartanah dan pemaju Impiana Sdn Bhd (Impiana SB) sebanyak RM21.49 juta melalui gabungan terbitan 10.77 juta saham baharu dan 228 juta saham keutamaan boleh tukar tidak boleh ditebus (ICPS-B) yang baharu, kedua-duanya pada harga terbitan masing-masing sembilan sen.

ICPS-B boleh ditukar pada nisbah satu ICPS-B untuk satu saham Impiana Hotels yang baharu tanpa sebarang pembayaran tunai.

Impiana SB, dengan Farouk mempunyai kepentingan langsung sebanyak 73.7 peratus, kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar Impiana Hotels dengan 29.37 peratus kepentingan ekuiti.

Sementara itu, Impiana Hotels turut mencadangkan pindaan dibuat kepada perlembagaannya untuk memudahkan terbitan ICPS-B menurut cadangan permodalan.

Katanya cadangan pembelian itu sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan perhotelannya dan membolehkan syarikat melancarkan resort baharu di Pulau Tioman di bawah jenamanya.

Syarikat itu berkata terbitan saham untuk penyelesaian pembelian agregat serta terbitan saham permodalan dan ICPS-B untuk pembayaran balik pendahuluan daripada Impiana SB, tidak akan melibatkan sebarang aliran keluar tunai, sekali gus membolehkan rizab tunai untuk operasi.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X