B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Freigh Management dapat insentif cukai bagi pembangunan hab edagang

Freigh Management dapat insentif cukai bagi pembangunan hab edagang

30 Jun 2021

Anak syarikat milik penuh Freight Management Holdings Bhd (FMHB), FM Global Logistics (M) Sdn Bhd (FMGLM) dikehendaki melabur sekurang-kurangnya RM245 juta untuk pembangunan hab e-dagang di Shah Alam, Selangor bagi memenuhi syarat mendapat Elaun Cukai Pelaburan.

Penyedia perkhidmatan pengangkutan itu berkata awal bulan ini, FMGLM menerima surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai semakan semula syarat-syarat untuk insentif cukai bagi industri perkhidmatan logistik bersepadu.

Surat itu menetapkan bahawa FMGLM harus  membuat pelaburan dalam perbelanjaan modal yang berkaitan dengan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu termasuk kegiatan hab pemenuhan e-dagang, sekurang-kurangnya RM245 juta, kata FMHB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Syarikat akan memuktamadkan rancangan bagi pembangunan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu dan kegiatan hab pemenuhan e-dagang dalam mematuhi syarat-syarat surat kelulusan tersebut.

“Insentif cukai itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada  masa depan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X