B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Empat firma multinasional bina hab di Greater KL

Empat firma multinasional bina hab di Greater KL

10 Nov 2022

InvestKL telah menarik empat syarikat multinasional untuk mewujudkan hab dan pejabat perkhidmatan perniagaan di kawasan Greater Kuala Lumpur, mengukuhkan matlamat strategik untuk tempoh 10 tahun bagi menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli mengumumkan bahawa pengeluar dari Australia, The Arnott’s Group (TAG), Tupperware Brands Corp, syarikat pembangunan perisian senaraian awam Britain, Endava Plc dan Baxter Southeast Asia telah memilih Greater KL untuk mewujudkan hab dan pejabat perkhidmatan perniagaan.

“Prestasi ekonomi negara yang berdaya tahan selepas pandemik turut dapat dilihat daripada peningkatan pelaburan asing yang masuk, dengan lebih banyak syarikat global memutuskan untuk mewujudkan hab perkhidmatan global mereka di Greater KL pada tahun ini.

“Ini menjadi bukti kepada tarikan Malaysia yang berterusan dalam kalangan pelabur asing sebagai destinasi pelaburan pilihan berdasarkan asas negara yang kukuh, dasar yang mesra pelabur, infrastruktur yang baik dan kumpulan tenaga kerja yang dinamik,” katanya dalam kenyataan.

Pada separuh pertama 2022, InvestKL berjaya menarik RM1.68 bilion nilai pelaburan, mewujudkan 1,919 peluang pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon