B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


EAC: Bangunkan bakat kemahiran tinggi untuk pertumbuhan ekonomi pasca pandemik

EAC: Bangunkan bakat kemahiran tinggi untuk pertumbuhan ekonomi pasca pandemik

13 Jul 2021

Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) menggesa kerajaan agar berusaha membangunkan bakat berkemahiran tinggi untuk pertumbuhan ekonomi pasca COVID-19.

Pengarah Eksekutif Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata kekurangan bakat berkemahiran tinggi mesti diatasi secepat mungkin untuk memenuhi keperluan industri tempatan.

“Kita harus menyedari bahawa sebahagian daripada bencana (masalah) yang kita hadapi sekarang bukanlah disebabkan oleh COVID-19, (tetapi) ia adalah yang sudah wujud sebelum COVID-19.

“Sekiranya kita bercakap  tentang produktiviti dan pertumbuhan, ia sudahpun menjadi masalah bagi kita semua, iaitu ketidakupayaan kita untuk mendorong pertumbuhan dan ketidakupayaan untuk mentransformasikan ke arah pekerja yang lebih berkemahiran tinggi,” katanya.

Noor Azlan menambah bahawa kualiti pertumbuhan negara juga turut menjadi isu.

“Kita mempunyai jurang yang serius mengenai siapa yang mendapat keuntungan daripada pertumbuhan tersebut,” katanya pada Persidangan Ekonomi 2021 yang diadakan secara maya hari ini.

Noor Azlan adalah salah seorang ahli panel dalam perbincangan panel bertajuk “Adakah Produktiviti dan Pertumbuhan Akan Kembali Selepas Pandemik COVID-19?

Bagaimana Memperkukuh Daya Saing Ekonomi Malaysia dalam Norma Baharu”.

Beliau berkata cara pertumbuhan diwujudkan sangat penting untuk memastikan faedahnya dapat disebarkan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat dan juga wilayah.

Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan, menekankan perlunya memiliki kemampuan untuk mendigitalkan ekonomi, serta menerapkan teknologi dan automasi.

“COVID-19 benar-benar menunjukkan kepada kita bahawa masalah bakat yang kita hadapi adalah serius. Bukan hanya menyebabkan penurunan produktiviti tetapi juga dari segi cara kita mengguna pekerja asing di Malaysia, yang kini menjadi barah bagi kita dalam menghadapi krisis COVID-19,” tambahnya.

Persidangan sehari secara maya itu dianjurkan oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon