B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dasar tenaga hijau yang jelas penting dalam menarik pelaburan ke Sarawak

Dasar tenaga hijau yang jelas penting dalam menarik pelaburan ke Sarawak

06 Sep 2022

Dasar yang jelas ke arah peralihan kepada tenaga hijau dan bersih  menjadi faktor kukuh bagi Sarawak menarik pelaburan asing.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini terbukti apabila konsortium industri Korea menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan negeri itu  bagi menghasilkan hidrogen dan ammonia.

“Kami amat berminat untuk memeteri kolaborasi dengan tiga industri besar Korea sebagai sebahagian daripada program kerajaan negeri membangunkan ekonomi dalam bidang hidrogen.

“Sarawak juga bertuah kerana kaya dengan sumber boleh diperbaharui seperti tenaga hidro yang merupakan sumber tenaga sifar karbon yang penting bagi menghasilkan hidrogen hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan balas penghargaan kepada pengurusan tertinggi syarikat pembuat keluli terbesar Korea, POSCO di ibu pejabat konglomerat itu di Seoul, Korea Selatan hari ini. 

Kenyataan media mengenai lawatan itu diperoleh media tempatan di sini hari ini.

Abang Johari dan anggota delegasinya berlepas ke ibu negara Korea itu pada Ahad lepas dengan matlamat antara lain meningkatkan perkongsian dengan industri Korea dalam bidang penjanaan tenaga hijau dan inovasi.

POSCO telah membayangkan rancangannya untuk menggunakan hidrogen bagi menjana tenaga dalam pembuatan keluli dan sebahagian besar bekalan perlu diimport daripada negara lain termasuk Malaysia, khususnya Sarawak.

Tiga syarikat Korea iaitu Samsung, Lotte, POSCO telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) awal dengan kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi membina logi hidrogen di Sarawak di bawah Projek H2biscus.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon