B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


CPTPP meluaskan saluran penyumberan bahan mentah pada harga kompetitif

CPTPP meluaskan saluran penyumberan bahan mentah pada harga kompetitif

17 Ogo 2022

Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan membolehkan saluran penyumberan yang lebih luas untuk bahan mentah pada harga yang kompetitif kepada pemain petrokimia negara, menurut Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA).

Presiden MPA, Akbar Md Thayoob dalam satu kenyataan berkata ini secara langsung akan meningkatkan daya saing dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan. 

Persatuan itu yakin bahawa kepentingan pengeluar Malaysia akan dilindungi secara ekstensif melalui peruntukan yang diperlukan dalam perjanjian perdagangan bagi menyuntik kelebihan dalam melindungi kepentingan domestik. 

Beliau percaya penangguhkan ratifikasi CPTPP hanya akan mendedahkan risiko peminggiran memandangkan beberapa negara jiran ASEAN telah pun bergerak maju ke hadapan.

Analisis kos dan faedah mendapati CPTPP menawarkan peluang akses pasaran ke negara-negara yang mana Malaysia belum lagi mempunyai perjanjian perdagangan bebas.

“Memandangkan banyak negara merancang untuk menyertai kumpulan ini, ianya akan meningkatkan peluang penembusan pasaran yang lebih luas kepada pengeluar petrokimia Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata menjelang 2023, industri petrokimia Malaysia akan menyaksikan penambahan kapasiti sebanyak 5.5 juta tan metrik setahun, naik 30 peratus daripada 18.1 juta tan metrik setahun apabila Kompleks Petrokimia dan Penapisan Pengerang beroperasi sepenuhnya.

Katanya lagi, loji petrokimia baharu dan sedia ada yang lain akan dapat menarik pelaburan langsung asing dalam sektor hiliran sektor polimer, plastik, bahan kimia serta derivatif untuk pasaran tempatan dan eksport dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon