B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Comet Group puji MIDA atas kemudahan, kepantasan laksana projek di Pulau Pinang

Comet Group puji MIDA atas kemudahan, kepantasan laksana projek di Pulau Pinang

27 Mei 2021

Syarikat teknologi inovatif yang berpangkalan di Switzerland, Comet Group berasa kagum dengan kemudahan dan kepantasan dalam melaksanakan projek Malaysianya di Pulau Pinang.

Penubuhan tapak pembuatan baharu di Taman Perindustrian Batu Kawan telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada tahun lepas untuk pengeluaran modul kuasa frekuensi radio (RF) bersepadu untuk mesin semikonduktor peringkat awal.

Naib Presiden Operasi Global Comet  Stephan Runge berkata walaupun menghadapi cabaran  COVID-19, aktiviti ekonomi dan pergerakan yang terhad, tapak pembuatan itu dijangka mengukuhkan kedudukan kumpulan di Asia.

“Saya pernah menjadi sebahagian daripada projek yang sama sebelum ini, tetapi saya tidak pernah melihat pasukan bekerja dengan penuh bersemangat dan dengan motivasi itu untuk mewujudkan tempat pembuatan baharu dalam tempoh yang singkat,” kata Runge.

Rangkaian padanan RF pertama syarikat dipasang di barisan pengeluaran baharu dan dikeluarkan untuk kegunaan pembuatan pada Ogos 2020.

Sejak awal 2021, kemudahan pembuatan Comet di Malaysia telah diperakui secara rasmi oleh pelanggan syarikat dan meningkat kepada jumlah pengeluaran yang tinggi sejak beberapa bulan yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman berkata agensi kerajaan itu gembira melihat Comet memanfaatkan kluster industri semikonduktor Malaysia yang kukuh di Pulau Pinang.

“Kehadiran mereka di sini adalah dialu-alukan, berdasarkan reputasi mereka yang telah lama menjadi  pembekal berteknologi tinggi yang dapat memberikan penyelesaian yang eksibel, cepat dan  dipercayai, terutamanya di Malaysia yang ingin membangunkan ekosistem peralatan semikonduktor peringkat awal kita sendiri.

“Pada masa ini, syarikat itu disokong baik oleh tenaga kerja Malaysia, dan dijangka visi Comet ialah menggaji lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara jawatan yang perlu diisi termasuklah dalam bidang kejuruteraan, operasi jentera dan loji serta pemasangan, selain pengurusan kualiti.

Sementara itu, Arham turut memuji peranan Unit Percepatan dan Koordinasi Projek (PACU@MIDA), ditubuhkan sebagai sebahagian daripada inisiatif PENJANA untuk membantu negara kembali di landasan untuk pemulihan, dalam pelaksanaan projek yang pantas.

Beliau berkata pasukan ini menyediakan sokongan profesional dan bantuan kepada pelabur, membolehkan merealisasikan dengan cekap dan tepat pada masanya untuk projek yang diluluskan di negara ini.

“Kami menggesa semua pihak berkepentingan kami untuk memanfaatkan sepenuhnya jaringan dan kepakaran unit ini untuk memulakan projek mereka,” katanya. Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon