B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


CMSB ambil alih Scomi Oilfield

CMSB ambil alih Scomi Oilfield

18 Mac 2022

Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) melalui anak syarikat miliknya, Cahya Mata Oiltools Sdn Bhd dan Oiltools International Sdn Bhd memeterai empat perjanjian jual beli bersyarat dengan Scomi Energy Services Bhd bagi memperoleh Scomi Oilfield Ltd pada harga RM21 juta.

CMSB dalam satu kenyataan berkata, cadangan pengambilalihan itu bersama pelbagai syarikat dan aset dalam Scomi Oilfield dijangka selesai pada suku ketiga 2022.

“Pemerolehan itu mewakili pelaburan strategik dengan potensi sinergi bagi perniagaan sedia ada CMSB serta peluang untuk mempelbagaikan ke dalam sektor tenaga global,” katanya.

CMSB berkata, kumpulan menjangkakan untuk memanfaatkan kehadiran global Scomi Oilfield bagi pengembangan perniagaan sedia adanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X