B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bencana banjir tidak jejas minat dan beri impak negatif pada pelabur asing

Bencana banjir tidak jejas minat dan beri impak negatif pada pelabur asing

06 Mac 2023

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Johor yang menyumbang pelaburan tertinggi kepada negara pada tahun lepas, dilihat tidak menjejaskan minat dan memberikan impak negatif kepada pelaburan asing.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini berikutan kawasan perindustrian yang terkesan tidak melibatkan situasi yang boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa memantau keadaan semasa banjir dan kementeriannya juga melakukan libat urus bagi membantu pihak industri.

“Dari segi impak kepada pelaburan tidak ada (kesan negatif), kerana kita dapat lihat bahawa kawasan perindustrian dan juga kawasan terkesan tidak melibatkan situasi yang boleh menjejaskan pelaburan.

“Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang sederhana, kita bersama pihak industri banyak buat sesi libat urus bagaimana untuk membantu, tidak ambil ringan perkara itu. 

“Kita perlu juga cari kaedah untuk mitigate (mengurangkan kesan) dan meneruskan libat urus dengan pihak industri, tetapi pada masa ini Alhamdulillah situasi baik buat waktu ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Berhad, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini akan menjejaskan minat pelabur asing.

Menurutnya, Johor juga dijangka meneruskan momentum sebagai penyumbang terbesar pelaburan dalam negara susulan trend kukuh yang dicatatnya.

Terdahulu, beliau berkata, MITI menyasarkan sekurang-kurangnya 120 syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan akan menyertai AKI 2024, yang mana penyertaan dibuka mulai 1 April hingga 31 Ogos tahun ini. 

Sebanyak 14 kategori akan dipertandingkan terdiri daripada lapan kategori utama iaitu Sektor Pembuatan (tiga kategori), Sektor Perkhidmatan (4 kategori) dan Kategori Terbuka.

Kategori lain adalah seperti Syarikat Paling Berpotensi, Industry4WRD dan yang terkini dua anugerah baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Produktiviti (3 kategori) dan Anugerah Kecemerlangan ESG. 

AKI menawarkan insentif untuk meraikan syarikat yang menunjukkan kemajuan ketara dalam amalan pengurusan, produk serta peningkatan kualiti perkhidmatan, antara lainnya seperti trofi, hadiah wang tunai, latihan dan aktiviti promosi.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon