B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bandar pintar: MSCA berminat jalin kerjasama dengan Sarawak

Bandar pintar: MSCA berminat jalin kerjasama dengan Sarawak

29 Jul 2022

Pertubuhan Bandar Mampan dan Pintar Malaysia (MSCA) berminat untuk menjalin kerjasama dengan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dalam membangunkan bandar pintar.

Menurut SMA dalam satu kenyataan di sini, perkara itu disampaikan oleh MSCA susulan kunjungan hormat Pengerusi MSCA Dr Raslan Ahmad ke SMA baru-baru ini.

Raslan berkata dengan pengalaman luas Sarawak dalam dasar pendigitalannya, MSCA berminat untuk menjalin kerjasama dengan Sarawak melalui SMA untuk mencapai matlamat bersama bagi sebuah negara pintar yang mampan.

“Kami berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan SMA kerana kami percaya kisah kejayaan dan amalan terbaik Sarawak di bawah kepimpinan SMA perlu dicontohi di negeri-negeri lain di Malaysia, dan mungkin di peringkat global,” katanya dalam kenyataan itu.

Raslan berkata MSCA ialah platform yang ditubuhkan untuk ahli majlis membincangkan isu dan cabaran Bandar Pintar serta mewujudkan peluang untuk rangkaian dalam kalangan pihak berkepentingan.

Semasa kunjungan hormat itu, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkongsi dengan delegasi mengenai rancangan Sarawak untuk memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai digital, dan menyampaikan perkhidmatan yang mudah, selamat dan dipercayai untuk manfaat rakyat.

“Kami berbesar hati kerana dapat menarik minat pelbagai pihak, sama ada agensi kerajaan dari negeri lain dan pakar industri. Ini menunjukkan bahawa Sarawak dianggap sebagai kuasa digital sejak permulaan agenda ekonomi digital pada 2018.

“Kami percaya perkongsian awam-swasta dan komuniti yang melibatkan semua pihak berkepentingan adalah penting kerana ini akan menyediakan platform untuk membawa kejayaan transformasi ekonomi dan pertumbuhan demi kebaikan semua rakyat Sarawak,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon