B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


5G penting untuk pertumbuhan, modenisasi pelabuhan tempatan

5G penting untuk pertumbuhan, modenisasi pelabuhan tempatan

10 Jan 2022

Rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) penting untuk kejayaan operasi pelabuhan Malaysia memandangkan ia akan membolehkan pengendali pelabuhan menjejak kapal dan membuat jangkaan tepat mengenai waktu ketibaan selain mengurangkan gangguan daripada kemungkinan berlaku kelewatan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Juwai IQI Group, Kashif Ansari berkata 5G akan membolehkan banyak penambahbaikan dilaksanakan di pelabuhan Malaysia.

“Menerusi rangkaian 4G, terminal boleh memantau kira-kira 100,000 pengesan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) serta peranti dalam lingkungan kilometer persegi.

Rangkaian 5G meningkatkan jumlah kesambungan berpotensi tersebut kepada satu juta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata proses pemuatan dan pemindahan dagangan boleh dilancarkan untuk operasi tepat pada masanya, dengan kamera pengecaman ciri secara optik memudahkan perubahan ini.

Pihak pelabuhan boleh mengenal pasti dan memproses kontena individu daripada beribu-ribu kontena yang dikendalikan pelabuhan setiap hari.

“Teras pelabuhan akan diautomasikan dan begitu juga kekuatan fizikalnya. Kapal dan kenderaan yang memindahkan kargo ke, dalam dan dari pelabuhan semuanya akan menjadi automatik,” katanya.

Kashif menekankan bahawa gangguan rantaian bekalan global 2021 merupakan satu peringatan kepada pembuat dasar dan pengendali pelabuhan di negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia.

Beliau berkata jika pelabuhan Malaysia dapat mendahului trend automasi, keadaan itu akan membantu menarik pelaburan langsung asing ke dalam sektor pembuatan.

Pelaburan itu seterusnya akan mendorong permintaan untuk ruang industri dan logistik, katanya.

Beliau berkata pelabuhan pintar akan membolehkan penyepaduan yang lebih baik dengan kemudahan logistik dan pembuatan berdekatan.

“Penyepaduan menjanjikan pengurangan kelewatan yang sedia berlaku pada masa ini apabila memindahkan barang dari tempat pembuatannya ke kapal yang membawanya ke luar negara,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon