B. MelayuEnglish
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi Masa Hadapan

Ekonomi Masa Hadapan

Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk memupuk ekonomi ke arah masa hadapan. Sebagai salah sebuah negara yang paling maju dari segi teknologi di kalangan negara perindustrian di rantau ASEAN, usaha berterusan Malaysia untuk menerapkan penggunaan teknologi moden terbukti memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur di Malaysia. Aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang dipacu secara digital dan peneraju serantau dalam ekonomi digital terkandung dalam MyDIGITAL – Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Antara inisiatif utama yang lain ialah Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, Industry4WRD, Pejabat Pelaburan Digital (DIO) yang disahkan oleh Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IR) dan Rangkaian Digital Nasional (JENDELA). Semua ini menyasarkan untuk mempercepat transformasi digital dan mendorong peralihan industri ke arah masa hadapan sektor perkilangan dengan menggunakan teknologi, mengubah tenaga kerja dan meningkatkan rantaian bekalan hujung ke hujung. Pelabur seharusnya bertindak segera dan memanfaatkan peluang yang semakin berkembang ini.

Kedudukan Global Malaysia

Lihat bagaimana Malaysia menghadapi persaingan global.

Usaha kami dalam menarik pelaburan dan mendorong produktiviti dan inovasi melalui pembaharuan ekonomi dan peraturan telah mendapat pengiktirafan global daripada pelbagai institusi antarabangsa.

Pertama

Negara Terbaik di Asia Tenggara yang Baharu Muncul untuk Pelaburan Asing
(Indeks Peluang Global, Bloomberg 2022)

Ke-4

Pasaran Baharu Muncul Paling Berdaya Saing
(Indeks Logistik Pasaran Baharu Muncul yang Tangkas 2022)

Ke-2

Negara Paling Berdaya Saing di ASEAN
(Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2021, IMD)

Ke-3

Ekonomi Berpendapatan Pertengahan Atas Paling Inovatif
(Indeks Inovasi Global 2020, Organisasi Hakmilik Intelektual Dunia, WIPO)

Ke-9

Bandar terbaik di Rantau Asia Pasifik, Kuala Lumpur
(Tinjauan Industri Teknologi Global, 2012, KPMG)

Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara

Melangkah Ke Depan Lagi dengan 4IR

Berdasarkan asas yang ditetapkan oleh rangka kerja Industry4WRD, Malaysia telah memperkenalkan Dasar 4IR Negara sebagai dasar nasional menyeluruh yang lebih luas dan memacu kesepaduan dalam mengubah pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi 4IR secara beretika.

Dasar 4IR Negara sejajar dengan Rangka Tindakan MyDIGITAL dan Dasar Kebangsaan Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021-2030 yang bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Malaysia: Pendekatan Seluruh Negara kepada 4IR

Dasar 4IR Negara adalah penting untuk meningkatkan keselarasan dasar dalam membolehkan pengoptimuman sumber mampan dan penyelarasan pelaksanaan ke arah hala tuju strategik yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 serta komitmen kami terhadap Matlamat Pembangunan Mampan.

Demi mempercepat penggunaan teknologi ini di samping membina keupayaan tempatan untuk menginovasi penyelesaian baharu, Dasar 4IR Negara mendorong kewujudan ekosistem yang lebih kondusif terutamanya dari segi bakat, kesediaan infrastruktur, pendekatan kawal selia dan keupayaan teknologi.

Memupuk Industri Masa Depan untuk Revolusi Perindustrian Keempat

Mentransformasikan Landskap Perindustrian Malaysia Sejak 1960

Malaysia telah melaksanakan Dasar Kebangsaan bagi Industri 4.0 – Industri4WRD untuk membangunkan sektor perkilangan yang lebih pintar dan kukuh yang didorong oleh tenaga kerja, proses dan teknologi. Sebagai arah strategik yang jelas untuk negara ini, Industri4WRD menandakan peralihan Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya Industri 4.0, dengan perkilangan pintar dan akhirnya mendorong kepada pengenalan bandar pintar, grid pintar dan penyelesaian pintar. 

Sejajar dengan peralihan syarikat ke Industri 4.0 untuk terus kekal berdaya saing di peringkat global, sumber manusia juga perlu ditingkatkan. Kekayaan perniagaan terletak pada individu yang mengendalikannya. Oleh itu, Kerajaan telah memberikan penekanan pada pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) untuk mengurangkan jurang penawaran dan permintaan kemahiran serta mengembangkan bakat yang dapat memenuhi keperluan industri.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, akan terdapat permintaan untuk tambahan 1.3 juta pekerja TVET. Sebagai sebahagian daripada inisiatif bakatnya, MIDA telah melancarkan program Perantisan hasil kerjasama dengan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Rangka Kerja Industri4WRD

Visi

Visi Malaysia bagi sektor perkilangan dalam 10 tahun akan datang

 

Rakan strategik untuk perkilangan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik

Destinasi utama untuk industri berteknologi tinggi

Penyedia penyelesaian yang menyeluruh bagi teknologi canggih

The Framework Industry4WRD

The Vision

Malaysia’s vision for the
manufacturing sector in the next
10 years

 

Strategic partner for smart manufacturing & related services in Asia Pacific

 

Primary destination for high-tech industry

 

Total solutions provider for advanced technology

Sasaran & Matlamat Kebangsaan

Sasaran dan matlamat ini menyokong visi nasional untuk mentransformasi industri perkilangan. Mereka membantu kemajuan Malaysia dalam meningkatkan prestasi, meningkatkan kapasiti dan kemahiran teknologi, mendorong perubahan menjadi tenaga kerja yang sangat berpengalaman, dan memperluas sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara.

Malaysia Sedang Menuju Industri 4.0

Industri4WRD berfungsi sebagai rangka kerja bagi perkhidmatan perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan dalam usaha menuju ke Industri 4.0. Ia menggariskan 13 kaedah untuk Malaysia terus maju pada dekad yang berikutnya. Perjalanan ini disandarkan pada tiga faktor: Sumber Manusia, Proses dan Teknologi.

Sumber Manusia

Memandangkan sumber manusia merupakan suatu elemen yang amat penting, membangun, meningkatkan dan mengekalkan bakat dan kemahiran yang diperlukan adalah keutamaan dalam Dasar ini.

Proses

Meningkatkan proses perkilangan dan perniagaan adalah penting untuk metransformasikan Malaysia dan Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik dan memudahkan perkongsian awam-swasta.

Teknologi

Kemajuan teknologi semakin mendorong daya saing perkilangan global dan Dasar ini mendorong penerapan teknologi Industri 4.0 yang lancar dan dipercepat, terutama untuk PKS.

Malaysia is Gearing Towards Industry 4.0

Industry4WRD serves as the framework for manufacturing and manufacturing-related services on their Industry 4.0 journey. It lays out 13 methods for Malaysia to shift upwards over the next decade. This journey is anchored on three factors: People, Processes and Technology.

People

Given its criticality, developing, upgrading and retaining the required talent and skills are at the centre of this Policy.

Process

Improving both manufacturing and business processes is important for Malaysia’s transformation and this Policy aims to create a favourable business environment and facilitate public-private partnerships.

Technology

Technology advancement is increasingly propelling global manufacturing competitiveness and this Policy fosters a seamless and accelerated adoption of Industry 4.0 technologies, especially for SMEs.

Malaysia Menjana Perniagaan Anda Secara Digital

MIDA terus berusaha untuk membantu dan membiasakan pemain industri tempatan dalam melaksanakan Industri 4.0 dalam operasi mereka. Proses penglibatan merangkumi Pameran Industri 4.0 MIDA-IME yang dianjurkan bersama dengan Kumpulan Penganjur IME (dengan sokongan Dassault Systèmes dan Robert Bosch) di ibu pejabatnya. Pameran tersebut mempamerkan pelbagai teknologi berkaitan seperti simulasi, perkilangan aditif, integrasi sistem, pendigitalan, pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), dan analisis data.

Bosch, pembekal teknologi global terkemuka merancang untuk membina fasiliti perkilangan di Pulau Pinang yang menumpukan pada komponen semikonduktor dan pengujian sensor. Mereka akan memanfaatkan inisiatif Industri 4.0 yang terkini. Fasiliti moden ini memiliki kawasan seluas lebih 100,000 meter persegi di Pulau Pinang, yang akan dibangunkan secara berperingkat. Fasiliti ini secara utamanya akan menumpukan pada pengujian akhir komponen yang dikeluarkan di Bosch Automotive Electronics di Dresden, Jerman.

Dengan ramalan jangka panjang bagi pertumbuhan kuantiti komponen semikonduktor, ditambah dengan pengeluaran bahagian hadapan di kemudahan Dresden Bosch di Jerman, pengembangan kapasiti diperlukan bagi pengeluaran bahagian belakang, yang merupakan fasa ujian akhir semikonduktor dan sensor. Tapak baru ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan eko-sistem yang sedia matang untuk industri semikonduktor di Pulau Pinang.

– Simon Song, Pengarah Urusan, Bosch Malaysia (2020)

Zon Perdagangan Bebas Digital Malaysia (DFTZ)

Kecekapan sektor yang semakin meningkat dan keupayaan pengembangan yang dipercepat menjadikan Malaysia menjadi penyedia perkhidmatan utama bagi teknologi canggih.

Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) adalah inisiatif yang menawarkan zon fizikal dan digital untuk membantu PKS memanfaatkan pertumbuhan pesat yang dipercepat oleh gabungan ekonomi web dan e-Dagang rentas sempadan. DFTZ memperluas jaringan  rangkaian e-Dagang Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan e-Dagang dan meningkatkan sumbangannya kepada KDNK kepada RM211 bilion (kira-kira US $ 48 bilion) setiap tahun.

Di bawah Halatuju Strategik e-Dagang Nasional, MIDA telah diberi mandat sebagai agensi utama untuk membantu mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah hab e-Pemenuhan (e-fulfillment) serantau.

DFTZ bertujuan untuk:

Membantu PKS mengeksport produk mereka ke seluruh dunia dengan mudah.

Membolehkan pasaran global mendapatkan sumber daripada pengeluar / penjual Malaysia.

Menjadikan Malaysia sebagai pusat e-Pemenuhan (e-fulfillment) serantau bagi jenama global untuk menjangkau pembeli ASEAN

 

Membina ekosistem untuk memangkin inovasi dalam e-Dagang dan ekonomi internet.

Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela)

Jendela dilancarkan pada tahun 2020 dan menjadi pelan jalinan digital negara yang bernilai RM21 bilion dan direka untuk memacu Malaysia ke arah kesambungan digital yang lebih besar dengan meningkatkan kecekapan infrastruktur negara dan mengoptimumkan penggunaan spektrum. Pelan ini bertujuan untuk menyediakan asas bagi liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti serta membantu negara menerapkan teknologi 5G.

5G di Malaysia: Mendayakan Pertumbuhan Perniagaan

Bukan sahaja akan meningkatkan kelajuan dan keterhubungan; rancangan ini juga merupakan keperluan ekonomi yang secara holistik mempengaruhi kualiti kehidupan dan perniagaan, termasuk PKS. Di bawah MyDIGITAL, sejumlah RM15 bilion akan dilaburkan untuk menyediakan 5G di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.

 

Kerajaan menggalakkan pengembangan ekosistem 5G yang boleh dipercayai dan mendorong penggunaan 5G oleh industri dan sektor awam di pelbagai bidang seperti automotif, perkilangan, pendidikan, pertanian, pelancongan dan media.

Membentuk Landskap Pelaburan Digital Malaysia

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2021-2030) atau dipanggil MyDIGITAL telah diperkenalkan untuk memperkasa hala tuju, strategi, inisiatif dan sasaran untuk menerajui pertumbuhan ekonomi digital. Antara sasaran utama berkaitan perniagaan termasuklah pelaburan RM70 bilion dalam digitalisasi, bilangan syarikat permulaan meningkat kepada 5,000 buah, peningkatan 30 peratus produktiviti dalam semua sektor dan 22.6 peratus sumbangan ekonomi digital kepada KDNK Malaysia.

 

Majlis Kebangsaan Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah mengesahkan penubuhan Pejabat Pelaburan Digital (DIO) yang diamanahkan untuk memacu usaha memudahkan pelaburan digital di Malaysia. Peranan DIO adalah selaras dengan MyDIGITAL dan Aspirasi Pelaburan Negara, berpandukan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (SPV) 2030.

 

DIO ialah platform kerjasama digital sepenuhnya antara MIDA dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyelaraskan dan mempermudah semua pelaburan digital. Objektif usaha ini bukan sahaja demi mewujudkan kesedaran mengenai pelaburan digital di negara ini bahkan juga untuk mengukuhkan penyelarasan dalam kalangan semua Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) untuk menggalakkan dan menarik pelaburan baharu dalam segmen evolusi yang pantas ini.

 

Sila klik di sini untuk pertanyaan lanjut.

Malaysia mendapat skor tertinggi sebanyak 10 mata bagi penembusan jalur lebar telefon pintar dan mudah alih yang tinggi. Malaysia berjaya memastikan harga jalur lebar mudah alih menjadi semakin berpatutan dan ini adalah sesuatu yang mengagumkan dan secara relatif lebih baik berbanding negara lain. Malaysia juga telah melonjak naik sebanyak dua mata dari segi liputan 4G sepanjang tahun lalu. Selain harga jalur lebar mudah alih yang lebih berpatutan, beberapa penunjuk GCI lain yang berkaitan dengan pengalaman pengguna juga menunjukkan peningkatan seperti e-Kerajaan, perkhidmatan pelanggan, penggunaan Internet dan kelajuan muat turun.

— Indeks Kesambungan Global 2019

wpChatIcon