B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hong Seng beli tanah di Kedah Rubber City dengan nilai RM45.74 juta

Hong Seng beli tanah di Kedah Rubber City dengan nilai RM45.74 juta

28 Dis 2020

Anak syarikat Hong Seng Consolidated Bhd, Hong Seng Industries Sdn Bhd (HS Industries) membeli tanah di Kedah, seluas 42.49 hektar, dengan nilai RM45.74 juta untuk mendirikan kilang pembuatan nitril butadiena lateks (NBL).

Syarikat telah mendapat surat yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berkaitan pembelian di Kedah Rubber City.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Eksekutif Datuk Teoh Hai Hin berkata HS Industries telah diperbadankan untuk terlibat dalam perniagaan pembuatan dan perdagangan NBL.

“NBL yang juga dirujuk sebagai butadiena adalah bahan mentah utama dan penting yang digunakan untuk pengeluaran sarung tangan nitril yang menyumbang 70 peratus daripada jumlah sarung tangan yang dieksport dari Malaysia menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.

“Oleh itu, disebabkan permintaan meningkat dan pengeluaran sarung tangan nitril mendapat permintaan yang tinggi berikutan pandemik, terdapat kekurangan NBL di seluruh dunia menyebabkan kos tinggi untuk mendapatkan bekalan NBL,” katanya.

Teoh berkata banyak penggiat industri sarung tangan telah muncul di pasaran.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua daripada mereka yang mendapat bekalan NBL, boleh menyebabkan risiko operasi yang serius dan kos bahan yang tidak dijangka dalam pengeluaran sarung tangan nitril.

Beliau berkata penggiat mungkin perlu menghentikan operasi jika wujud kekurangan bekalan atau mendapatkan bekalan NBL mereka pada kos premium sekali gus menjejaskan margin keuntungan.

“Oleh itu, dengan mendirikan kilang NBL kami sendiri, ia akan memberi peluang yang tepat pada masanya untuk mendapatkan bekalan dalaman secara berterusan untuk anak syarikat kami, kilang Hong Seng Gloves Sdn Bhd di Kedah dan pada masa sama, mengisi kekosongan dalam kekurangan NBL untuk meraih pasaran. 

“Ini akan membolehkan syarikat menjadi pengeluar NBL dan sarung tangan bersepadu di Malaysia dengan mempunyai segmen huluan dan hiliran dalam rantaian bekalan pembuatan sarung tangan,” katanya. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon