B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bioteknologi

Bioteknologi

Kepelbagaian biologi yang kaya di Malaysia menyediakan asas yang kukuh bagi pertumbuhan industri bioteknologi – menawarkan peluang perniagaan yang banyak terutamanya dalam projek R&D berkaitan kajian produktiviti pertanian, penemuan baharu dalam penjagaan kesihatan dan penerapan proses industri yang lestari.

Kekayaan sumber biologi kami memberikan kelebihan daya saing kepada pelabur untuk mengembangkan teknologi yang menukarkan bahan-bahan ini kepada penghasilan produk bernilai tambah yang lebih tinggi secara komersial.

Sepanjang tempoh ini, industri bioteknologi di Malaysia telah berkembang daripada kebergantungan pada kaedah tradisional kepada pemanfaatan teknologi lestari yang tidak beracun dan boleh diperbaharui.

Terdapat potensi yang belum dimanfaatkan dalam penggunaan herba, buah-buahan dan tanaman tempatan untuk menghasilkan produk bioteknologi dan produk tradisional & komplimentari (TCM) bernilai tambah tinggi.

1

Projek Diluluskan

RM11.2 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada tahun 2021

20

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Potensi Perkembangan Bioteknologi

Bio-agrikultur

Bio-perubatan

Bio-industri

Sorotan Pelabur Kami

Kami berbesar hati untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyediakan rh-insulin berkualiti tinggi, berpatutan untuk penghidap diabetes di Malaysia. Kami amat berbangga bahawa ini merupakan sebuah produk insulin ‘Buatan Malaysia’ yang dikeluarkan oleh Biocon Sdn. Bhd. Di Taman Bioteknologi di Iskandar Puteri, Johor. Kami berharap agar fasiliti kami di Malaysia akan terus berupaya memenuhi keperluan insulin yang berpatutan di seluruh dunia.

- Kiran Mazumdar-Shaw
Pengerusi & Pengarah Urusan Biocon Limited (2020)

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh menghantar permohonan dan menyemak status permohonan secara dalam talian melalui portal MIDA InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon