B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kimia & Bahan Termaju – Kimia dan Produk Kimia

Kimia dan
Produk Kimia

Sumber semula jadi Malaysia yang pelbagai sememangnya menjadi kelebihan kepada industri kimia dan produk kimia di negara ini. Industri ini merupakan penyumbang utama kepada sektor perkilangan dengan petrokimia dan oleokimia sebagai produk utama sektor ini.

Kimia dan produk kimia sering digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan pelbagai barangan siap seperti elektrikal dan elektronik, produk plastik, pertanian, automotif, minyak dan gas, farmaseutikal dan bahan binaan..

Industri kimia dan produk kimia masih mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan, pembangunan dan penambahbaikan.

Demi melangkah ke tahap berikutnya, kami menggalakkan pengeluar kimia dan produk kimia untuk memanfaatkan keseluruhan ekosistem kimia untuk meningkatkan lagi kecekapan inovasi dan meneroka pasaran baharu. Lakukan perubahan daripada hanya menjual produk kepada penyediaan penyelesaian inovatif yang boleh menyumbang kepada industri yang lebih maju dan lestari kepada alam sekitar.

Melangkah ke hadapan, Malaysia sedang berusaha untuk menerokai subsegmen yang baharu dalam segmen kimia khusus. Pemain industri telah mula meneroka kemungkinan untuk menghasilkan produk kimia khusus secara langsung daripada minyak mentah dengan menggunakan teknologi Minyak Mentah kepada Bahan Kimia (COTC). Produk bukan bahan api seperti pemangkin, aromatik, white spirit (nafta), lilin dan minyak mineral menawarkan potensi pasaran yang besar untuk diterokai. Produk ini boleh digunakan sebagai bahan tambahan untuk pelbagai industri seperti makanan dan minuman, pembinaan dan automotif. Satu lagi bidang pembangunan adalah dalam perumusan semula dasar pemasaran dan pengurusan rantaian bekalan, menyediakan industri untuk mempelbagaikan lagi sumber bahan mentah dan pasarannya. Ini akan memperkasakan pemain industri untuk memilih daripada pelbagai pembekal dan pasaran sasaran, memberikan mereka lebih banyak fleksibiliti dan kebebasan semasa menjalankan perniagaan.

MIDA terus menjadi penyokong kuat untuk R&D, penggunaan dan pengkomersialan teknologi baharu untuk industri yang lebih maju, berteknologi tinggi dan sangat automatik. Kami berusaha untuk menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara yang patuh dengan pengendalian bahan kimia dari hujung ke hujung secara peringkat global sambil memastikan bahan kimia yang dihasilkan telah digunakan dengan cara yang meminimumkan risiko dari segi kesihatan manusia dan kesan alam sekitar.

29.2%

Pelaburan Domestik

(RM1.4 bil)

RM4.8 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

80%

70.8%

Pelaburan Asing

(RM3.4 bil)

RM4.8 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

29.2%

Pelaburan Domestik

(RM1.4 bil)

70.8%

Pelaburan Asing

(RM3.4 bil)

81

Projek Diluluskan

2,584

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Kimia dan Produk Kimia

Bahan Kimia
bukan Organik

Bahan Kimia
Pertanian

Gas
Perindustrian

Baja

Cat dan
Dakwat Percetakan

Bahan Kimia bukan Organik

  • Sektor ini merangkumi pengeluaran klor-alkali, asid, dan beberapa bahan kimia khas seperti silikat, oksida, hidroksida, asid, bahan kimia elektronik dan pemangkin.
  • Pemain utama adalah CCM Chemicals, Taiko, Malay-Sino Chemical Industries, South Pacific Chemical Industries, Nylex, ACME Chemicals dan BASF.

Bahan Kimia Pertanian

  • Terdapat lebih daripada 100 syarikat yang beroperasi dalam sektor ini. Sebilangan besar syarikat tersebut adalah syarikat tempatan yang terlibat dalam pencampuran dan pengadunan atau perumusan bahan kimia pertanian.

Gas Perindustrian

  • Terdapat lebih daripada 10 syarikat yang beroperasi menghasilkan oksigen, nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, asetilena, argon dan nitrat oksida.
  • Gas perindustrian ini biasanya mempunyai ketulenan antara 99.5% hingga 99.9% dan digunakan untuk industri seperti pengimpalan, pemotongan, penyelubungan dan hidrogenasi.
  • Pengilang utama adalah PETRONAS Gas, Air Liquide, Linde, Air Products, Iwatani dan Southern Industrial Gas.

Baja

  • Baja organik adalah daripada sisa pertanian.
  • Baja bukan organik, juga disebut sebagai baja sintetik, dihasilkan secara buatan dan mengandungi mineral atau bahan kimia sintetik seperti fosforus, kalium dan unsur surih lain.
  • Terdapat lebih daripada 20 syarikat yang beroperasi.
  • Pengeluar baja utama adalah Baja Bintulu ASEAN, Pupuk Kimia PETRONAS Kedah, Pupuk Kimia PETRONAS Sabah, Pupuk Agri-Sabah, Ancom, Baja NPK Malaysia dan Farmcochem.

Cat dan Dakwat Percetakan

  • Terdapat kira-kira 60 pengeluar yang beroperasi.
  • Pengeluaran cat dan produk yang berkaitan terdiri daripada varnis, cat minyak, lakuer dan pelarut dan dakwat percetakan.
  • Pengeluar utama adalah Nippon Paint , Sime Kansai Paints, First Malaysian Coating, ICI Paints , Hempel Manufacturing, PPG Coatings, Sime Coatings, Jotun Paints dan Boustead Sissons Paints.

Sorotan Pelabur Kami

Baerlocher adalah pembekal aditif terkemuka bagi industri plastik di Asia dan Timur Tengah. Baerlocher Malaysia, yang terletak di Seremban mengeluarkan penstabil PVC.

- Baerlocher

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Hantar permohonan anda untuk mendapatkan Lesen Perkilangan atau insentif lain di sini.
wpChatIcon