SUNGAI PETANI, 27 APRIL 2026 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan HLB Islamic hari ini menganjurkan Forum Usahawan bertemakan ‘Pengukuhan Usahawan Bumiputera Di Wilayah Utara: Perspektif Dasar Dan Trend Pasaran Semasa’. Program yang berlangsung di The Jerai Hotel Sungai Petani ini menghimpunkan kira-kira 250 usahawan IKS termasuk wakil syarikat Bumiputera dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis.
Forum ini dirasmikan oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan Negeri Kedah. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Puan Dafinah Ahmed Hilmi, dan Pengarah Eksekutif Penggalakan Pelaburan MIDA, Encik Faizal Jalaludin.
Memperkukuh Ekosistem dan Akses Usahawan
Dengan pengisian yang menyeluruh, program ini menampilkan perkongsian praktikal dan inisiatif trategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan institusi bagi menyokong pertumbuhan usahawan tempatan.
Antara fokus utama forum termasuk:
- Pembiayaan & Kelestarian: HLB Islamic mengetengahkan inisiatif BizDagang dan Greening Halal Business bagi membantu usahawan mengadaptasi model perniagaan hijau patuh Syariah.
- Akses Pasaran Global: MATRADE berkongsi strategi menembusi pasaran antarabangsa serta pengurusan perdagangan.
- Kestabilan Kewangan: Bank Negara Malaysia (BNM) menerangkan Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCTF), manakala Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) memperincikan Skim Jaminan Kerajaan (GGSM4) untuk meningkatkan akses kredit.
- Inisiatif & Insentif Baharu: MIDA menghuraikan Kerangka Insentif Baharu (NIF) dan Dana Pembangunan Perniagaan Negara Ketiga Malaysia-Singapura (MSBDF).
- Pematuhan Cukai: LHDNM berkongsi mengenai pelaksanaan e-Invois dalam operasi perniagaan semasa.
Kemuncak forum adalah sesi diskusi panel bertajuk “Memacu Juara Bumiputera: Akses dan Peluang Pembiayaan, Akses Pasaran, dan Rantaian Bekalan Global” yang menampilkan wakil daripada HLB Islamic, TERAJU, MARA, SME Corp. Malaysia dan VentureTECH bagi membincangkan strategi memperkukuh daya saing usahawan Bumiputera.
YB Prof Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan Negeri Kedah, berkata, “Kerajaan Negeri Kedah komited memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di Wilayah Utara agar lebih berdaya tahan, kompetitif dan bersedia menembusi pasaran global. Penganjuran forum ini mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, MIDA dan HLB Islamic dalam menyediakan akses yang lebih menyeluruh kepada pembiayaan, pasaran serta sokongan strategik kepada usahawan tempatan. Kami yakin, dengan sokongan berterusan, usahawan Bumiputera di negeri ini mampu menembusi rantaian bekalan serantau dan global, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah, dan negara, secara keseluruhan.”
Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, berkata “Kekuatan ekonomi negara terletak pada syarikat tempatan yang berdaya tahan dan mampu bersaing. Melalui inisiatif seperti Enterprise Growth Platform (EGP), MIDA terus komited memperkasa usahawan tempatan dan menghubungkan mereka kepada ekosistem sokongan yang lebih kukuh. Ini termasuk memperluas
akses kepada pembiayaan, rantaian bekalan global dan peluang pelaburan bernilai tinggi.”
Beliau turut menegaskan bahawa pelaburan domestik kekal sebagai memacu utama ekonomi negara, sekali gus mengimbangi persepsi bahawa tumpuan hanya diberikan kepada pelaburan asing. Menerusi kempen #InvestLokal, tumpuan diberikan kepada sektor HGHV (High Growth, High Value) bagi memastikan syarikat tempatan dapat berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa. Fokus utama
MIDA, termasuklah:
- Pembangunan Kapasiti: Memperkasakan syarikat tempatan dalam sektor berteknologi tinggi.
- Integrasi Rantaian Bekalan: Mewujudkan peluang untuk syarikat tempatan menjadi rakan pembekal strategik kepada syarikat multinasional (MNC).
Puan Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic menambah,“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkasa usahawan tempatan, khususnya di Wilayah Utara. Kami mahu memastikan mereka bukan sahaja berdaya tahan, tetapi bersedia menembusi rantaian bekalan global melalui sokongan kewangan patuh Syariah dan bimbingan strategik.”
Selain sesi forum, para peserta juga menyertai Sesi Klinik Perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada agensi-agensi terlibat.
Forum ini adalah hasil kerjasama strategik antara MIDA, HLB Islamic dan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha memacu pertumbuhan dan daya saing usahawan di Wilayah Utara.

Middle three (from left to right):
Encik Faizal Jalaludin, Pengarah Eksekutif Penggalakan Pelaburan MIDA; YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan Negeri Kedah and Puan Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic.

-END-
Mengenai MIDA
MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategik bagi perniagaan dalam merebut peluang yang timbul dari revolusi teknologi pada era masa kini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mida.gov.my dan ikuti kami di saluran X, Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok dan YouTube.
Mengenai HLIB Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
MIDA
En. Sukri Abu Bakar
Pengarah, Bahagian Pelaburan Tempatan, MIDA
Emel: [email protected]
Tel: +603-2267 3685
MIDA DAN HLB ISLAMIC JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKUKUH USAHAWAN IKS DI WILAYAH UTARA
Content Type:
Duration:





























