LB Group Commits RM1 Billion Investment, Strengthening Malaysia’s Advanced Chemical Industry - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
English
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive

sticky-logo

LB Group Commits RM1 Billion Investment, Strengthening Malaysia’s Advanced Chemical Industry

LB Group Commits RM1 Billion Investment, Strengthening Malaysia’s Advanced Chemical Industry

New Gurun, Kedah Facility to Support 300,000-Tonne Annual Capacity and Strengthen Malaysia’s Regional Manufacturing and Supply Chain Position

KEDAH, MALAYSIA, 24 September 2026 – LB Group Co., Ltd. (SZ: 002601), a global leader in titanium dioxide (TiO2) and advanced inorganic chemical materials, today marked a significant milestone in its international expansion with the groundbreaking ceremony for its Malaysian subsidiary, LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd., at the Gurun Heavy Industrial Park (GHIP), Kedah.

Spanning 60.1 acres, the new facility represents a total investment of RM1 billion (approximately USD245 million), with RM600 million investment for Phase 1. The facility will be developed in phases, with a planned annual production capacity of
300,000 tonnes upon completion, strengthening LB Group’s manufacturing footprint and supply chain capabilities in Southeast Asia.

Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Chief Executive Officer of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), said, “LB Group’s decision to establish its manufacturing facility in Gurun, Kedah, is a strong vote of confidence in
Malaysia’s industrial ecosystem and our potential as a regional manufacturing hub. Its investment in titanium dioxide (TiO2) and advanced inorganic chemical materials will strengthen our capabilities in high-value manufacturing and contribute to the
development of a more complex and resilient chemical industry, in line with the New Industrial Master Plan 2030 and the Chemical Industry Roadmap 2030. MIDA together with the Kedah State Government will continue to facilitate the project’s
implementation, strengthen linkages with local suppliers and maximise the wider economic opportunities arising from this investment.”

Mr. Liang Sun, Director of LB Advanced Materials Asia Sdn. Bhd. emphasised, “Malaysia offers exceptional strategic advantages, robust heavy industrial infrastructure, and a welcoming investment environment. Gurun’s direct access to major highway and rail networks seamlessly connects us to Penang Port, ensuring optimal export efficiency. Establishing LB Advanced Material Asia allows us to better serve our regional and global clients while navigating international trade dynamics with greater flexibility.”

As a leading global manufacturer of titanium dioxide, LB Group operates an integrated value chain covering titanium minerals, titanium dioxide and titanium sponge, alongside businesses in zirconium products and new energy materials. Its flagship 2 BILLIONSTM brand serves more than 1,500 clients globally across a wide range of applications, including coatings, plastics, inks and paper.

The project is expected to create over 300 skilled employment opportunities for Malaysians while contributing to the development of Kedah’s industrial and chemical manufacturing ecosystem.

-END-

About MIDA
MIDA is the government’s principal investment promotion and development agency under the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) to oversee and drive investments into the manufacturing and services sectors in Malaysia. Headquartered
in Kuala Lumpur Sentral, MIDA has 12 regional and 20 overseas offices. MIDA partners with investors at every stage of their journey, supporting sustainable growth and long-term value creation for Malaysia. For more information, please visit
www.mida.gov.my and follow MIDA on X, Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok and
YouTube.

About LB Group
Founded in 1955 and headquartered in Jiaozuo, Henan Province, China, LB Group is listed on the Shenzhen Stock Exchange (SZ: 002601). The group specializes in titanium dioxide ( TiO2 ), sponge titanium, zirconium products, and new energy materials, with an annual TiO2 capacity exceeding 1.51 million tonnes.

FOR MEDIA ENQUIRIES, PLEASE CONTACT:

MIDA
Siti Halimaton Mohd. Rejab
Director, Chemical and Advanced Material Division
Email: [email protected]
Tel.: +603- 2267 6701

LB Group
Sun Liang
Director, LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd.
E: [email protected]
T: +6017-2900586

LB Group Komited Melabur RM1 Bilion, Memperkukuh Industri Bahan Kimia Termaju Malaysia

Fasiliti Baharu di Gurun, Kedah Menyokong Kapasiti Pengeluaran Tahunan 300,000 Tan dan Memperkukuh Kedudukan Malaysia dalam Industri Perkilangan serta Rantaian Bekalan Serantau

KEDAH, MALAYSIA, 24 September 2026 – LB Group Co., Ltd. (SZ: 002601), pengeluar terkemuka global dalam pengeluaran titanium dioksida (TiO2) dan bahan kimia bukan organik termaju, hari ini mencatat satu lagi pencapaian penting dalam
pengembangan antarabangsa Kumpulan itu menerusi upacara pecah tanah bagi anak syarikatnya di Malaysia, LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd., di Taman Perindustrian Berat Gurun (GHIP), Kedah.

Fasiliti baharu yang dibangunkan di atas Kawasan seluas 60.1 ekar ini melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion (kira-kira USD245 juta), dengan pelaburan sebanyak RM600 juta bagi Fasa 1. Fasiliti ini akan dibangunkan secara berfasa
dengan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tan setahun apabila siap sepenuhnya,sekali gus memperluas kehadiran operasi LB group serta memperkukuh keupayaan rantaian bekalannya di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, berkata, “Keputusan LB Group untuk menubuhkan kemudahan pembuatan di Gurun, Kedah merupakan keyakinan yang
kukuh terhadap ekosistem perindustrian Malaysia serta potensi negara sebagai hab pembuatan serantau. Pelaburan dalam titanium dioksida dan bahan kimia bukan organik termaju ini akan memperkukuh keupayaan Malaysia dalam pembuatan bernilai tinggi serta menyumbang kepada pembangunan industri kimia yang lebih kompleks dan berdaya tahan, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030. MIDA bersama Kerajaan Negeri Kedah akan terus memudah cara pelaksanaan projek ini, memperkukuh hubungan dengan pembekal tempatan serta memaksimumkan manfaat ekonomi yang lebih luas daripada pelaburan ini.”

Pengarah LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd., En. Liang Sun, berkata, “Malaysia menawarkan kelebihan geografi yang strategik, kemudahan infrastruktur industri berat yang komprehensif, serta persekitaran pelaburan yang kondusif. Lokasi di Gurun
dengan akses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan rangkaian rel menghubungkan secara terus ke Pelabuhan Pulau Pinang. Penubuhan LB Advanced Material Asia membolehkan kami melayani pelanggan global dan regional dengan lebih berkesan
sambil meningkatkan ketahanan rantaian bekalan global kami.”

Sebagai peneraju global dalam pengeluaran titanium dioksida, LB Group mengendalikan rantaian nilai bersepadu yang merangkumi mineral titanium, titanium dioksida dan span titanium, selain perniagaan dalam produk zirkonium dan bahan
tenaga baharu. Jenama utamanya, BILLIONSTM, membekalkan produk kepada lebih 1,500 pelanggan di seluruh dunia bagi pelbagai aplikasi, termasuk salutan, plastik, dakwat dan kertas.

Projek ini dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat Malaysia, di samping menyumbang kepada pembangunan ekosistem perindustrian dan pembuatan bahan kimia di Kedah.

-TAMAT

Mengenai MIDA
MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.
Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategic bagi perniagaan dalam merebut peluang yang timbul dari revolusi teknologi pada era masa kini. Untuk
maklumat lebih lanjut, sila layari www.mida.gov.my/ dan ikuti kami di saluran on X, Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok dan YouTube.


Mengenai LB Group
Ditubuhkan pada tahun 1955 dan beribu pejabat di Jiaozuo, Wilayah Henan, China, LB Group disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen (SZ: 002601). Kumpulan ini pakar dalam pengeluaran titanium dioksida (TiO2), span titanium, produk zirkonium, dan
bahan tenaga baharu, dengan kapasiti tahunan TiO2 melebihi 1.51 juta tan.

UNTUK PERTANYAAN MEDIA, SILA HUBUNGI:

MIDA
Siti Halimaton Mohd. Rejab
Pengarah, Bahagian Kimia dan Bahan Termaju
Email: [email protected]
Tel.: +603- 2267 6701

LB Group
Sun Liang

Director, LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd.
E: [email protected]
T: +6017-2900586

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon