B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Insentif

Insentif

INSENTIF UNTUK PELABURAN BAHARU

Di Malaysia, insentif cukai, baik langsung dan tidak langsung, diperuntukkan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Zon Bebas 1990. Akta-akta ini meliputi pelaburan dalam perkilangan, pertanian, pelancongan (termasuk hotel) dan sektor perkhidmatan yang diluluskan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan aktiviti perlindungan alam sekitar.

Insentif cukai langsung memberikan pelepasan sebahagian atau penuh daripada pembayaran cukai pendapatan untuk jangka waktu tertentu, sementara insentif cukai tidak langsung adalah dalam bentuk pengecualian daripada duti import dan duti eksais.

INSENTIF UNTUK SEKTOR PERKILANGAN

Insentif Utama untuk Syarikat Perkilangan

Insentif cukai utama bagi syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan adalah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.

Kelayakan untuk Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan kepada keutamaan tertentu, termasuk tahap nilai tambah, teknologi yang digunakan dan hubungan industri. Kegiatan dan produk yang layak disebut sebagai “aktiviti yang digalakkan” atau “produk yang digalakkan”. (Lihat Lampiran I: Senarai Aktiviti dan Produk yang Digalakkan – Am)

Syarikat mesti mengemukakan permohonannya kepada MIDA sebelum memulakan operasi / pengeluaran.

(i)      Taraf Perintis                                                                 

Sebuah syarikat yang diberi Taraf Perintis (TP) boleh menikmati pengecualian separa selama lima tahun daripada pembayaran cukai pendapatan. Ia hanya perlu membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanun*, dengan tempoh pengecualian bermula daripada Hari Pengeluarannya (ditakrifkan sebagai hari paras pengeluaran mencapai 30% daripada kapasitinya).

Elaun modal yang tidak diserap yang dikeluarkan dalam tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan perintis syarikat. Kerugian terkumpul yang ditanggung dalam tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dikurangkan daripada pendapatan perintis syarikat selama tujuh tahun berturut-turut.

Permohonan untuk mendapatkan Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

(ii)  Elaun Cukai Pelaburan

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, syarikat juga boleh memohon untuk mendapatkan Elaun Cukai Pelaburan (ECP). Syarikat yang diberi ECP berhak mendapat elaun sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang layak (kilang, mesin atau peralatan lain yang digunakan bagi projek yang diluluskan) yang dikeluarkan dalam tempoh lima tahun daripada tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

Syarikat boleh membuat penolakan bagi elaun ini bagi 70% daripada pendapatan berkanunnya untuk setiap tahun taksiran. Apa-apa elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga ia digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai mengikut kadar cukai syarikat yang semasa.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA.

Baca Lagi…

Layari Portal i-Incentives

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon