B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Perihal MIDA>Prinsip Kami

Mengenai MIDA

Diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), penubuhan MIDA pada tahun 1967 dipuji oleh Bank Dunia sebagai “dorongan yang diperlukan bagi penggalakan pelaburan yang bermatlamat, positif, dan diselaraskan” bagi pembangunan industri Malaysia. Hari ini, MIDA merupakan salah satu kekuatan Malaysia yang paling terkedepan, dinamik dan perintis dalam membuka jalan ke sempadan baru di seluruh dunia.

Visi Kami

Malaysia sebagai destinasi pelaburan
pilihan utama

Misi Kami

Membina ekosistem pelaburan
yang dinamik dan mampan

Nilai Kami

MICCCA

• Meritokrasi

Memberi ganjaran berasaskan prestasi dan meraikan pencapaian.

• Integriti

Berlaku jujur, telus dan bertanggungjawab.

• Mementingkan Pelanggan

Memberi keutamaan kepada pelanggan setiap masa.

• Rasa Ingin Tahu

Mencari idea dan pengetahuan baru.

• Kesatuan

Nilai keterbukaan dan sokongan erat di kalangan warga organisasi.

• Menambah Nilai

Melangkaui jangkaan dan meningkatkan sasaran.

MIDA sebagai Rakan Pelaburan Utama Anda

Untuk meningkatkan lagi peranan MIDA dalam membantu para pelabur, wakil-wakil kanan daripada agensi kerajaan utama ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk menasihati pelabur mengenai dasar dan prosedur kerajaan. Wakil-wakil ini terdiri daripada pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia. Kami juga sangat disokong oleh Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad, dan Telekom Malaysia Berhad.

MIDA menilai permohonan berikut untuk projek dalam sektor perkilangan dan subsektor perkhidmatan terpilih:

  • Lesen perkilangan
  • Insentif cukai
  • Pengambilan ekspatriat
  • Pengecualian duti ke atas bahan mentah dan komponen
  • Pengecualian duti pada mesin dan peralatan untuk sektor pertanian dan mana-mana sektor perkhidmatan terpilih
  • Penubuhan serantau
MIDA_Logo

Logo MIDA

Logo MIDA melambangkan usaha kami dalam memetakan hala tuju baru untuk negara ini. Huruf tebal MIDA mewakili integriti dan profesionalisme organisasi.

Warna kelabu menunjukkan keneutralan dan kebolehpercayaan, sementara kekuatan baru, dinamik dan perintis MIDA diwakili dalam motif merah yang menarik dan menyerupai anak panah yang bergerak ke depan.

Klik butang di bawah untuk memuat turun dan ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan penjenamaan MIDA.

wpChatIcon