B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Samaiden raih kontrak bagi projek solar bernilai RM56.64 juta di Perak

Samaiden raih kontrak bagi projek solar bernilai RM56.64 juta di Perak

15 Mac 2022

Samaiden Group Bhd. memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC)
bernilai RM56.64 juta membabitkan pembangunan loji janakuasa fotovoltaik solar (LSSPV) berskala besar 15MWac di Kamunting, Perak.

Ia memperoleh kontrak tersebut menerusi anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Sdn. Bhd. (SSB) yang memeterai kontrak dengan Green RE Sdn. Bhd. untuk projek berkenaan, antara lain, berhubung kerja-kerja EPCC.

Projek tersebut merupakan salah satu LSSPV yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga pada Mac 2021 selaras dengan program Solar Berskala Besar MEnTARI (LSS4).

Menurut Samaiden, skop kerja bagi kontrak itu termasuklah semua reka bentuk, kejuruteraan, perolehan, pembekalan, pengilangan, pembinaan, pemasangan, pembangunan, ujian, pentauliahan, buruh, perkhidmatan, kemudahan, peralatan, bekalan dan bahan yang akan dibekalkan, atau dilaksanakan oleh SSB dan/atau mana-mana sub-kontraktornya atau pembekal mana-mana peringkat mengikut kontrak.

“Kerja-kerja ini dijangka bermula pada 15 Mac 2022, yang juga merupakan tarikh kontrak dan disiapkan hanya selepas memenuhi syarat-syarat penyiapan seperti yang dinyatakan dalam ontrak yang dijangka dicapai pada 31 Oktober 2023.

“Tempoh liabiliti kerosakan untuk projek adalah selama 24 bulan dari tarikh serah milik loji janakuasa LSSPV oleh SSB kepada Green RE,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Green RE merupakan syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang terlibat dalam perniagaan menjana dan membekalkan tenaga solar.

Menurut Samaiden, tanpa sebarang perkara di luar jangka, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan bagi sepanjang tempoh kontrak.

“Ia juga tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan saham utama kumpulan,” jelasnya.

Sumber: DagangNews

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon