B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pameran Penerbangan Selangor 2020 lepasi sasaran nilai transaksi RM1 bilion – Exco

Pameran Penerbangan Selangor 2020 lepasi sasaran nilai transaksi RM1 bilion – Exco

10 Sep 2022

Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022) selama tiga hari yang berakhir hari ini meraih janji niaga perniagaan bernilai RM1.7 bilion setakat pukul 11 pagi hari ini, melepasi sasaran RM1 bilion bagi tahun ini.

Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata nilai transaksi positif yang melepasi angka pameran tahun lepas itu dipacu oleh minat orang awam dan industri yang tinggi serta pembukaan semula sempadan. 

“Sebelum ini kita menjangkakan nilai transaksi hanya RM700 juta (sasaran awal) bagi tahun ini dan pada dua hari lalu, nilai jumlah terkumpul sudah meningkat kepada RM800 juta. 

“Saya percaya masih ada lagi transaksi yang akan berlaku hari ini memandangkan SAS2022 akan berakhir pada jam 6 petang hari ini,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara beberapa syarikat domestik dan antarabangsa, bersempena SAS2022, di sini ,hari ini. 

Teng berkata jumlah pengunjung yang berdaftar untuk menyertai SAS2022 juga telah mencecah sehingga 16,000 orang dari hari pertama di mana 12,000 merupakan orang awam sahaja. 

“Jadi, di sini kita dapat lihat sambutan yang sangat meriah daripada pengunjung yang hadir…ini kali pertama kita lihat ramai orang yang datang ke pameran ini.

“Pengunjung bukan sahaja dapat melihat pesawat kecil dan besar, pesawat persendirian, pelbagai jenis dron (yang digunakan untuk industri berlainan), malah mereka juga dapat menimba ilmu dan mngumpul maklumat mengenai industri penerbangan,” tambahnya. 

SAS 2022 anjuran Invest Selangor merupakan platform perangkaian bagi industri aeroangkasa terutamanya kepada pemain penerbangan am untuk menjana semula perniagaan mereka di rantau ini.

Edisi SAS 2022 berjaya menarik penyertaan kukuh daripada peserta tempatan serta pemain antarabangsa dari Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Brazil, Kanada, Perancis, Switzerland, Czech Republic, Nigeria, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Teng berkata SAS 2022 menampilkan 40 paparan pesawat statik, sambil menambah 64 pempamer menyertai acara tahun ini.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon