B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia miliki sumber mineral RM4.11 trilion, bakal jadi hab penting pembangunan industri global

Malaysia miliki sumber mineral RM4.11 trilion, bakal jadi hab penting pembangunan industri global

22 Apr 2021

Malaysia bakal menjadi hab penting di peringkat global dalam pembangunan industri mineral pada masa akan datang kerana memiliki kepelbagaian sumber mineral yang dianggarkan bernilai RM4.11 trilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata sumber mineral di seluruh negara itu berpotensi untuk diusahahasilkan secara optimum.

Katanya, kajian tinjauan awal dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menganggarkan nilai sumber mineral logam negara bernilai RM1.03 trilion, mineral bukan logam (RM2.96 trilion) dan mineral tenaga (RM0.12 trilion).

“Walaupun nilai ini masih merupakan anggaran, hakikat yang perlu kita ketahui adalah Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi sebahagian kepada penyumbang utama kemajuan ekonomi negara.

“Melihat kepada kewujudan kepelbagaian sumber mineral yang tersebar di seluruh negara, ia bukan sahaja memberikan pendapatan kepada negara, malah memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi negeri melalui aktiviti perlombongan dan pengeksportan bahan mineral yang dijalankan.

“(Justeru) Saya mengalu-alukan kerjasama antara agensi kerajaan dengan penggiat industri bagi menjadikan industri mineral negara lebih cekap dan berkesan serta mengutamakan soal aspek perlombongan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral antara Ranhill Berhad dan Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dengan JMG.

Majlis di sebuah hotel di Putrajaya itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shamsul, Anuar Nasarah.

Turut hadir, Presiden Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad.

MoU ini bertujuan untuk memastikan pihak industri mineral mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan sistem biodiversiti negara ketika melakukan aktivivti eksplorasi, perlombongan, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral.

MoU ini diadakan sempena pelancaran Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) oleh Muhyiddin sebelum ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan kerajaan mensasarkan untuk industri mineral menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM29 bilion setahun pada tahun 2030.

Sumber: Astro Awani

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon