B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia kekal destinasi pelaburan berdaya saing

Malaysia kekal destinasi pelaburan berdaya saing

28 Jan 2021

Kerajaan laksana inisiatif tambahan tarik lebih banyak firma asing

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing di sebalik ketidaktentuan global dengan AS$26.4 bilion (RM106.77 bilion) pelaburan diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud, berkata pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan untuk Januari hingga September 2020 meningkat 16.6 peratus dari segi pelaburan modal, berbanding peningkatan 3.2 peratus pada tempoh sama 2019.

Katanya, kerajaan pada masa ini sedang melakukan inisiatif tambahan untuk mendorong lebih banyak pelaburan asing, seperti memudahkan operasi perniagaan melalui digitalisasi perkhidmatan kerajaan yang terpilih.

“Memberikan insentif cukai untuk sektor farmaseutikal dan perkhidmatan dan pelaksanaan Pusat Sehenti (OSC) untuk memudahkan kemasukan pengembara perniagaan ke negara ini.

“Struktur ekonomi Malaysia dan pengurusan makroekonomi yang utuh terus menyokong asas ekonomi negara ketika kita menuju ke arah norma baharu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan adalah sempena siri Invest ASEAN mengenai ‘Kepakaran Industri Itali di Malaysia’ anjuran Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI) dan Kelab Perniagaan ASEAN yang dibuat secara webinar.

Mengulas mengenai pelaburan dari Itali, Azman berkata, Malaysia menuju ke arah kepelbagaian strategi, terutama dalam produk bernilai tinggi dan perkhidmatan berkelas tinggi.

“Negara ini menawarkan peluang yang luas untuk pelabur Itali dalam bidang jentera dan peralatan berkualiti, aeroangkasa, teknologi hijau, teknologi automotif dan reka bentuk perindustrian,” katanya sambil menambah MIDA optimis bahawa lebih banyak pelaburan berkualiti akan memasuki Malaysia pada tahun yang akan datang.

Sementara itu, Azman turut menggesa sektor swasta Malaysia untuk memanfaatkan kepakaran teknologi Itali bagi membantu memudahkan ekonomi digital Malaysia sendiri, yang diunjurkan berkembang 21 peratus antara 2020 dan 2025, dengan mencapai anggaran nilai barangan kasar AS$30 bilion menjelang 2025.

Duta Itali ke Malaysia, Cristiano Maggipinto, berkata Itali kekal komited untuk menjadi rakan perdagangan dan pelaburan Malaysia.

Beliau berkata, walaupun pandemik COVID-19, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020 kekal pada paras yang sama ketika 2019.

Tambahnya, syarikat Itali di Malaysia kini beroperasi dalam sektor seperti minyak dan gas, pertahanan serta aeroangkasa, pembinaan, automotif dan bahan kimia.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon