B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Mah Sing eksport sarung tangan ke Eropah

Mah Sing eksport sarung tangan ke Eropah

03 Jun 2021

Cabang penjagaan kesihatan syarikat pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd menerima persijilan Conformite Europeene (CE).

Ia membolehkannya memasarkan sarung tangan pemeriksaan nitril bebas serbuk dan sarung tangan pemeriksaan susu getah bebas serbuk di Eropah.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata Mah Sing Healthcare juga memperoleh sijil daripada TUV Rheinland LGA Products GmbH, memperakui syarikat itu telah mengada dan menggunakan sistem pengurusan kualiti untuk peranti perubatan dengan mematuhi standard piawaian EN ISO 13475:2016.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata pencapaian baharu itu membuktikan syarikat amat serius dalam mengukuhkan syarikat sebagai pemain jangka panjang dalam perniagaan sarung tangan.

“Menerusi pensijilan CE, Mah Sing kekal komited untuk mematuhi standard tertinggi yang ditetapkan oleh industri.

“Ini menandakan satu langkah ke hadapan untuk kami dalam memenuhi permintaan global terhadap sarung tangan melalui pengeluaran produk berkualiti,” katanya.

Sementara itu, kumpulan itu berkata, Mah Sing Healthcare telah memulakan operasi di kilang pembuatan sarung tangan pertamanya di Kapar, Klang.

Ia juga menjangkakan permintaan yang kukuh terhadap sarung tangan akan berterusan dalam tempoh pasca pandemik, kerana kebimbangan terhadap jangkitan semula, kesedaran kesihatan yang lebih tinggi dan keperluan pematuhan kebersihan untuk sektor penjagaan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon