B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan komited capai 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing untuk tarik pelaburan

Kerajaan komited capai 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing untuk tarik pelaburan

07 Okt 2022

Dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi kerajaan komited untuk mencapai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata justeru, komitmen ini memerlukan usaha sama awam-swasta yang akan diterajui melalui Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH).

“Sebagai permulaan, Kementerian Kewangan akan menangani isu yang dibangkitkan sektor swasta di dalam platform PEMUDAH dengan melaksanakan beberapa pembaharuan.

“Pertama, membenarkan untuk menyerap kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap oleh syarikat dalam sektor yang mempunyai tempoh ‘long gestation’ sehingga maksimum 20 tahun seperti bidang perladangan hutan dan projek hidroelektrik,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia: Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Beliau berkata pembaharuan kedua adalah membenarkan aset tak ketara seperti perisian sebagai sebahagian takrifan loji di bawah Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tengku Zafrul berkata ketiga adalah kerajaan juga bersetuju supaya hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan amaun perbelanjaan kebajikan yang dilakukan.

Para penderma juga akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus, katanya.

Beliau berkata pembaharuan keempat adalah pembayar cukai perlu membuat penghantaran elektronik bagi pembayaran cukai mulai tahun taksiran 2024.

“Pembaharuan kelima adalah kerajaan juga akan melanjutkan kelonggaran tatacara dan peraturan perolehan kerajaan antaranya membenarkan agensi kerajaan menaikkan had nilai sebut harga daripada RM500,000 kepada RM800,000 sehingga akhir 2023,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon