B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hospital Pantai Pulau Pinang peruntuk RM200 juta untuk pengembangan

Hospital Pantai Pulau Pinang peruntuk RM200 juta untuk pengembangan

06 Ogo 2022

Hospital Pantai Pulau Pinang di bawah IHH Healthcare telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi pengembangan blok perubatan baharu untuk mempertingkatkan perkhidmatannya kepada pesakit di seluruh Pulau Pinang dan kawasan selainnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hospital berkenaan, Pan Wen Lek berkata blok perubatan tujuh tingkat yang berkeluasan 1,636 meter persegi itu akan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengkhususan perubatan yang komprehensif.

“Penambahan itu akan melibatkan tempat letak kereta terbuka, di belakang blok perubatan yang merangkumi 307 katil dan 440 ruang letak kereta.

“Bangunan baharu itu dijadualkan siap pada suku keempat 2024 sebagai fasa pertama pengembangan hospital kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah blok baharu di hospital berkenaan di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. Turut hadir CEO IHH Healthcare Malaysia Jean-Francois Naa.

Pan berkata pengembangan itu akan membantu menarik kemasukan pesakit antarabangsa, sekali gus mendorong Pulau Pinang untuk muncul sebagai hab pelancongan perubatan.

“Pengembangan ini akan mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Pulau Pinang. Kami juga menyasarkan untuk menjadikan Hospital Pantai Pulau Pinang sebagai hab perubatan dan pusat penjagaan kesihatan yang menjadi pilihan utama dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong perubatan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon