B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bajet 2023: Insentif cukai, geran bangun industri aeroangkasa

Bajet 2023: Insentif cukai, geran bangun industri aeroangkasa

07 Okt 2022

Kerajaan akan melanjutkan insentif cukai pendapatan serta elaun cukai pelaburan sehingga 31 Disember 2025 bagi menarik syarikat aeroangkasa baharu dan menggalakkan perkembangan syarikat sedia ada.

Sebanyak RM50 juta geran padanan turut disediakan bagi menyokong

pembangunan komponen aeroangkasa.

Kawasan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)juga akan dimajukan sebagai kluster industri aeroangkasa terutamanya untuk operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Selain itu, industri kimia dan petrokimia juga turut akan diperkasakan dengan menjadikan Pengerang sebagai hab kepada industri itu di peringkat serantau.

Kerajaan mencadangkan status khas bagi Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia.

Bagi menyokong hasrat itu juga, kemudahan jaringan lebuh raya ke Pengerang akan ditambah baik melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

Sebagai langkah tambahan, kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan projek menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan di Senai Utara-Pandan, Johor Bahru daripada empat kepada enam lorong membabitkan kos RM510 juta.

Selain itu, bagi menyokong pembangunan syarikat tempatan berasaskan teknologi yang berjaya seperti Aemulus Holdings Bhd, kerajaan akan menyediakan RM100 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik Tempatan.

Potongan cukai sehingga RM1.5 juta turut dilanjutkan ke atas perbelanjaan penyenaraian di Pasaran ACE dan LEAP sehingga tahun taksiran 2025 di samping memperluas potongan cukai meliputi kos penyenaraian syarikat berasaskan teknologi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon