B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sumber yang berharga untuk membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan di Malaysia

MIDA, sebagai titik perhubungan utama anda, memudahkan lagi usaha untuk memulakan perjalanan pelaburan di Malaysia dengan menghubungkan anda dengan individu dan tempat yang tepat, dan menyediakan pelbagai sumber untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk mendapatkan pulangan yang besar dan terjamin.

Menjalankan Perniagaan di Malaysia

Menjalankan Perniagaan di Malaysia

Rangkaian Pelaburan

Rangkaian Pelaburan

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Sains, Teknologi dan R&D

Sains, Teknologi dan R&D

Laporan Pelaburan

Laporan Pelaburan

Acara

Acara

1. Menjalankan Perniagaan di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang penuh dengan peluang dan cadangan nilai yang kompetitif. Ia mudah untuk menjalankan perniagaan di sini. Terokai gabungan maklumat dan perkhidmatan yang komprehensif untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda di sini.

Memulakan Perniagaan

Berikut adalah panduan penting untuk anda memulakan perniagaan di Malaysia.

Fasilitasi Perniagaan

MIDA menawarkan pelbagai kemudahan untuk membantu anda memulakan atau mengembangkan perniagaan anda di Malaysia.

2. Rangkaian Pelaburan

Kami menghubungkan anda dengan individu dan sumber yang tepat yang dapat mempercepatkan rancangan anda untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan anda.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI)

MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara sebagai negara perdagangan yang berdaya saing di peringkat global.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

MOF mengawasi dasar ekonomi dan perundangan dan peraturan kewangan untuk memastikan pembangunan dan kemajuan ekonomi di Malaysia. MOF juga bertanggungjawab terhadap peruntukan perbelanjaan dan penjanaan pendapatan kerajaan.

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen mengawasi peraturan dasar dan perkhidmatan imigresen. Ia juga bertanggungjawab terhadap pengeluaran visa, pas perjalanan dan permit kerja.

Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia adalah kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kemahiran, tenaga kerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, hubungan industri, mahkamah industri, maklumat dan analisis pasaran buruh, dan jaminan sosial.

Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Tenaga Kerja adalah sebuah jabatan persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran undang-undang buruh untuk menjaga keharmonian industri.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KKM adalah agensi utama bagi kesihatan dan bertanggungjawab untuk menyediakan sistem kesihatan yang lebih cekap dan berkesan yang memastikan akses universal terhadap penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

JAS, sebuah jabatan persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan yang mapan dan lestari. Pelabur digalakkan untuk mempertimbangkan faktor persekitaran sejak peringkat awal perancangan projek mereka.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Kastam bertanggungjawab untuk mentadbir dasar cukai tidak langsung negara, penguatkuasaan sempadan dan kesalahan narkotik.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

CIDB adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya dan ditugaskan untuk mempromosikan sektor perkhidmatan pembinaan.

Perbadanan Pembangunan Halal (HDC)

Memandangkan Malaysia merupakan hab Halal terkemuka di rantau ini, HDC berfungsi sebagai penyelaras utama untuk mempromosikan dan membantu pertumbuhan pemain industri dalam membangunkan ekosistem Halal Malaysia.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

LHDNM adalah salah satu agensi pengutipan hasil utama Kementerian Kewangan dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pentadbiran cukai langsung.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Sebagai agensi utama di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MDEC mempromosikan dan membantu pertumbuhan ekonomi ICT dan digital di Malaysia.

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

TNB adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dengan perniagaan utamanya menyediakan elektrik ke rumah-rumah, perniagaan, dan industri di Malaysia.

Telekom Malaysia Berhad (Telekom)

Syarikat telekomunikasi Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berkaitan jalur lebar, data dan talian tetap.

Senarai Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Lain di Malaysia

Senarai Penyedia Perkhidmatan Tenaga Lain di Malaysia

3. Pusat Kecemerlangan (CoE)

Banyak syarikat dan institusi memilih Malaysia sebagai pegkalan mereka untuk menubuhkan operasi serantau dan Pusat Kecemerlangan (CoEs). Pelaburan mereka disokong oleh kedudukan strategik kami, infrastruktur bertaraf dunia, ketersediaan tenaga mahir dan ekosistem perindustrian yang semakin kondusif. Inilah masanya untuk memanfaatkan kelebihan Malaysia serta CoE sebagai satu kelebihan strategik untuk terus maju dalam perniagaan.

Keupayaan Rantai Bekalan (Rangkaian, Mobiliti, Maklumat Runcit)

Pusat Kecemerlangan-Institut Inovasi Rantaian Pembekalan Malaysia (MISI)

Industri Minyak & Gas dan Marin

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Marin dan Kejuruteraan Berat Malaysia (MMHE)

Elektronik Termaju

Pusat Penyelidikan Elektromagnetik Gunaan

Mikroelektronik dan Nanoteknologi- Pusat Penyelidikan Shamsuddin (MiNT-SRC)

Bahan dan Pembuatan Termaju

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS)

Pusat Pembuatan dan Bahan Termaju (AMMC)

Pusat Kecemerlangan Halal

Perdagangan Serunai

Pembangunan dan Kemajuan Modal Insan

Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICOE REL)

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Perbankan dan Kewangan

Sasana Kijang

Pusat Kecemerlangan di Institut Pengajian Tinggi Awam

Sebilangan besar institut pengajian tinggi di Malaysia mempunyai pusat kecemerlangan dalam pelbagai disiplin. Pusat-pusat ini berfungsi sebagai platform untuk menggalakkan perkongsian strategik antara pemain industri, pihak berkepentingan kerajaan dan kumpulan pemegang taruh akademik yang lebih luas untuk mencapai hasil yang berimpak tinggi dan saling menguntungkan bagi perniagaan dan masyarakat amnya.

Universiti Utara Malaysia (UUM)

UUM telah menubuhkan CoE dalam pelbagai bidang seperti Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) yang bertujuan untuk memajukan bidang ini dalam sektor perniagaan dan pengurusan.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat Kecemerlangan Perubatan UKM bertindak sebagai sebuah ekosistem dengan spektrum kepakaran yang paling luas dan peralatan perubatan yang inovatif.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

UniMAP telah mewujudkan rangkaian CoE yang mengutamakan penyelidikan berkualiti yang berimpak tinggi dan bermanfaat kepada industri dan masyarakat.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

UPM telah menubuhkan beberapa Pusat Kecemerlangan Penyelidikan seperti Pusat Kecemerlangan Pertanian.

Universiti Sains Malaysia (USM)

USM adalah sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau bagi Pembangunan Mampan oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Universiti Nagoya, Jepun dan terus dikenali sebagai pusat kecemerlangan pelbagai disiplin.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

UTM mempunyai bilangan Pusat Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi yang paling banyak di negara ini, dengan masing-masing menerajui pelbagai bidang khusus, daripada teknologi 5G hinggalah kejuruteraan getaran.

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

UTP mempunyai hubungan erat dengan rakan industri, dan menawarkan gabungan kolaborasi industri dan kekuatannya yang ideal berkaitan penyelidikan strategik.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Institut Tenaga Lestari merupakan pusat sehenti UNITEN bagi penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui.

4. Sains, Teknologi dan R&D

Tingkatkan daya saing perniagaan anda dengan melibatkan kepakaran agensi-agensi ini untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan, pengembangan dan inovasi anda.

SIRIM

Dengan penglibatan dalam penyelidikan dan inovasi teknologi selama lebih daripada 40 tahun, SIRIM memainkan peranan aktif dalam pengembangan standard industri tempatan dan menawarkan program latihan teknologi dan pensijilan.

Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia

Perbadanan Bioekonomi yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM), memberikan sokongan, fasilitasi dan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang berasaskan bio.

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

MTDC mempromosikan penggunaan dan pengkomersialan teknologi di Malaysia dan menawarkan pengurusan dana, inkubasi dan khidmat nasihat.

Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT)

MIGHT membina kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta. Ia bertindak sebagai badan pemikir untuk membincangkan strategi dan dasar bagi industri berteknologi tinggi, dengan memanfaatkan risikan pasaran dan kajian masa hadapan, dan menyokong perolehan teknologi dan inisiatif peningkatan kapasiti

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MASTIC adalah pusat rujukan utama untuk maklumat mengenai sains, teknologi dan inovasi.

CREST (Pusat Penyelidikan Kolaborasi Kejuruteraan, Sains dan Teknologi)

CREST adalah platform kerjasama bagi pembangunan R&D dan pembangunan bakat yang dipacu oleh pasaran dalam industri E&E

5. Laporan dan Statistik Pelaburan

Bina bank maklumat data anda dengan pelbagai pilihan laporan prestasi pelaburan, laporan daya saing dan statistik utama MIDA.

Statistik Rasmi Malaysia

Cari data yang tepat dan data masa nyata terkini mengenai prestasi ekonomi dan pembangunan sosial Malaysia.

Statistik Pelaburan

Buat keputusan tepat dengan statistik tahunan dan suku tahunan MIDA mengenai prestasi pelaburan Malaysia.

Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia

Ikuti perkembangan ekonomi Malaysia dengan laporan prestasi pelaburan tahunan berkaitan sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan.

6. Bahan Pasca Acara

MIDA menjadikan acara menjadi peluang untuk terus memastikan pemain industri dan pihak berkepentingan utama sentiasa dimaklumkan dengan maklumat dan kemudahan terkini yang tersedia untuk menyokong usaha perniagaan mereka di Malaysia. Anda boleh mengakses semua slaid pembentangan dan bahan yang berkaitan daripada acara-acara ini di sini.

Bahan Pasca Acara

wpChatIcon