B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hab Prinsipal

Kenali Hab Serantau & Global
di Asia

Kemunculan Asia sebagai pusat ekonomi global telah mengalihkan tumpuan MNC utama ke rantau ini.

Sebilangan besar MNC telah memilih Malaysia sebagai pangkalan mereka untuk memusatkan fungsi rantaian bekalan seperti perolehan dan pengagihan kepada fungsi perkhidmatan perkongsian melalui penubuhan seperti Ibu Pejabat Operasi (OHQ), Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC), Pusat Pengedaran Serantau (RDC), Hab Operasi Global (GOH) dan Pusat Pengurusan Perbendaharaan (TMC).

Sejak tahun 2006, MIDA telah meluluskan sejumlah 311 projek penubuhan global/serantau yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM423 bilion dan mewujudkan 31,060 peluang pekerjaan di Malaysia.

Pelbagai Jenis Hab

Headquarter

Ibu pejabat

Engineering

Kejuruteraan

Supply-Chain

Rantaian bekalan

R&D

R&D

distribution

Pengedaran

Procurement

Perolehan

Treasury

Perbendaharaan

Center-Of-Excellence

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Paksi Pertumbuhan di Malaysia melalui Hab Prinsipal

Pada tahun 2015, Kerajaan memperkenalkan konsep Hab Prinsipal (PH) dan Malaysia dijadikan pangkalan operasi berpusat untuk MNC, yang berfungsi sebagai pusat saraf bagi menjalankan perniagaan serantau dan global. Skim PH memberikan penekanan kepada aktiviti perniagaan strategik seperti pengurusan risiko dan membuat keputusan. Berbanding hanya menyokong operasi serantau mereka, syarikat hari ini terus berkembang dengan meningkatkan rantaian nilai dan mengeksploitasi aktiviti perniagaan bernilai tinggi untuk melaksanakan perkhidmatan yang lebih tinggi seperti perancangan perniagaan strategik, pengurusan perbendaharaan dan kewangan serta R&D dari Malaysia.

Pelaburan yang Diluluskan untuk Hab Utama (2021)

5

Projek yang Diluluskan

RM19.5 bil

Perbelanjaan Perniagaan Terlibat

3,554

Peluang Pekerjaan

Melangkah ke Hadapan: Anjakan Paradigma dalam Mencipta Hab Teknologi

Hari ini, kebanyakan MNC yang beroperasi di Malaysia meneroka perkhidmatan nilai tambah yang lebih tinggi. Kebanyakan syarikat ini mengguna pakai teknologi saling berkaitan masa nyata untuk mengurus rantaian bekalan serantau dan global mereka. Terdapat jangkaan bahawa lebih banyak syarikat akan mengguna pakai teknologi IoT seperti Analitik Data Raya, Pengkomputeran Awan dan Kecerdasan Buatan untuk mengikuti landskap perniagaan global yang sentiasa berubah.

Sorotan Pelabur Kami

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melalui proses penilaian menyeluruh untuk mencari lokasi Ibu Pejabat yang terbaik. Tumpuan utama kami adalah kedekatan dengan pelanggan, kumpulan bakat, rantaian bekalan dan yang paling penting adalah sokongan kerajaan. Sejak kami menjejakkan kaki di Malaysia, kami mendapat sokongan luar biasa daripada Kerajaan Malaysia dan oleh itu kami yakin bahawa Malaysia adalah lokasi yang terbaik buat kami. Lebih menarik lagi, proses pemerolehan bagi 50 ekar tanah kami dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada empat minggu. Dalam dunia masa kini, di mana masa dan ketangkasan merupakan faktor yang kritikal, dalam pengalaman 30 tahun kami, sokongan perniagaan seperti ini tidak pernah kami alami di tempat lain. "

- Uli Behringer, Ketua Pegawai Eksekutif
Music Tribe

Memulakan perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my

Hubungi Wakil-Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon