B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Teknologi Pengangkutan – Aeroangkasa

Aeroangkasa

Pada peringkat global, sektor ini terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 apabila banyak pembekal terpaksa ditutup akibat OEM seperti Boeing dan Airbus yang mengurangkan kadar pengeluaran pesawat mereka. Namun, industri aeroangkasa menjangkakan perubahan secara beransur dalam permintaan pesawat dengan peningkatan trafik penumpang apabila sempadan dibuka semula. Ini akan memberikan banyak kesan positif ke atas segmen pembuatan dan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) industri. Menurut Roland Berger, permintaan perjalanan akan pulih menjelang 2024 dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh program vaksinasi global, penggunaan sijil perjalanan, pelonggaran sekatan domestik dan pembukaan sempadan.

 

Sektor ini kekal sebagai kawasan pertumbuhan strategik bagi Malaysia dan merupakan pusat utama kepada gabungan rancak pemain industri asing dan tempatan. Terdapat kira-kira 230 syarikat, yang terlibat dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aero, pendidikan dan latihan, integrasi sistem serta aktiviti kejuruteraan dan reka bentuk.

 

Syarikat tempatan yang sudah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global termasuklah UMW Aerospace, SME Aerospace, CTRM Aero Composite Asia AeroTechnic dan Airod. Malaysia juga mempunyai syarikat sokongan seperti IAC Manufacturing, Asahi Aero Malaysia, Micron Concept Aerostructures dan Morrissey Integrated Dynamics.

 

Malaysia sentiasa menyasarkan untuk menjadi pusat penyumberan luar aeroangkasa global pilihan dan melalui MIDA dengan pelbagai usaha akan terus dijalankan untuk menarik pelaburan daripada syarikat OEM dan syarikat Tahap-1 melalui misi pelaburan ke negara-negara yang disasarkan, program jalinan industri dan program rantaian bekalan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem rantaian bekalan global di Malaysia.

37.9%

Pelaburan Domestik

(RM39.7 juta)

RM104.7 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

80%

62.1%

Pelaburan Asing

(RM65 juta)

37.9%

Pelaburan Domestik

(RM39.7 juta)

RM104.7 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

62.1%

Pelaburan Asing

(RM65 juta)

2

Projek Diluluskan

247

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Pembangunan Modal Insan

Untuk menyokong tenaga kerja mahir bagi keperluan aeroangkasa, institusi latihan tempatan telah memulakan beberapa aktiviti latihan yang berkaitan dengan aeroangkasa. Ini termasuk Pusat Latihan Komposit Lanjutan (ACTC) di UniKL – Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Akademi Latihan Penerbangan Malaysia, Pusat Teknologi Aeronautik Lanjutan dan Aero Precision Resources.

 

Malaysia mempunyai lebih daripada 30 institusi yang menawarkan kursus berkaitan penerbangan seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, UniKL, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

 

Selain usaha pembangunan modal insan, Malaysia juga menawarkan infrastruktur yang komprehensif untuk industri ini. Pada masa ini, Malaysia mempunyai beberapa taman aeroangkasa iaitu, Taman Aerotech Subang, KLIA Aeropolis, Taman Perkilangan Bernilai Tinggi UMW, Taman Penerbangan Lapangan Terbang Senai Airport, Taman Teknologi Nusajaya dan Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberikan pilihan kemudahan siap dibina atau plot tanah untuk pembangunan yang disesuaikan.

50%

bahagian sayap untuk Boeing B737 dikilangkan by ACM, Kedah

60%

bahagian sayap Airbus A320 dihasilkan oleh CTRM, Melaka

Subsektor

Perkilangan Aeroangkasa

Kejuruteraan & Rekabentuk

Struktur-Aero

Avionik

Enjin

Peralatan Kerangka Udara

Subsektor

Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO)

Kerangka Udara

Enjin

Komponen

Barisan Penyelenggaraan

Syarikat Aeroangkasa Utama

Spirit AeroSystems Inc., USA

Safran S.A., France

Boeing & Hexcel Co., USA

Airbus SAS, France

Hamilton Sundstrand
(a subsidiary of Collin aerospace)

SR Technics, Zurich

Lufthansa & MTU Maintenance, Germany

General Electronic, USA

Honeywell Aerospace Services, USA

GKN Aerospace, UK

Barnes Aerospace , USA

Sorotan Pelabur Kami

UMW Aerospace Sdn. Bhd., Sebuah syarikat milik penuh UMW Holding, melancarkan selongson kipas pertamanya untuk enjin Rolls-Royce Trent 1000 pada bulan November 2017. Selongsong kipas enjin, yang merupakan salah satu bahagian enjin terbesar dan paling kompleks untuk dihasilkan, akan membawa pelbagai kesan limpahan. UMW Aerospace adalah pembekal Tahap 1 untuk Rolls Royce untuk mengeluarkan bahagian pesawat di rantau ini.

- UMW Aerospace

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon