Pertanian
Pasaran makanan global dijangka melonjak daripada kira-kira US$6.4 trilion pada 2022 kepada anggaran US$8.9 trilion pada 2026, pada kadar CAGR sebanyak 8.7%. Malaysia secara berkesan memenuhi permintaan makanan dan minuman di seluruh dunia kerana penduduknya yang pelbagai. Eksport makanan diproses berjaya di lebih 150 negara, terutamanya produk yang disahkan halal dikalangan 1.8 bilion umat Islam global. Di Malaysia, pasaran makanan diunjurkan berkembang sekitar 8% setiap tahun dari 2023 hingga 2027, mencecah US$69.4 bilion menjelang 2027.
Pemain industri makanan global memperkukuhkan kehadiran mereka di Malaysia dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran makanan. Sektor makanan halal, bernilai US$31 bilion pada 2021, dijangka mencecah US$47.6 bilion menjelang 2025. Memperkukuhkan industri halal tempatan dan menggalakkan persaingan adalah penting untuk mendapat bahagian yang ketara dalam pasaran global. Ketika kebimbangan keselamatan makanan yang semakin meningkat dan keperluan untuk sumber protein alternatif, prospek pelaburan merangkumi ‘pertanian pintar’, bahan ‘daging alternatif’, akuakultur, pertanian dalam persekitaran terkawal dan kitar semula produk sampingan; mengamalkan ‘pertanian pintar’ melalui automasi sejajar dengan SDG 2 – Kelaparan Sifar. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggalakkan pelaburan yang memajukan pertanian lestari dan membantu akses petani berskala kecil kepada tanah, teknologi dan pasaran.
Memandangkan tahap kecukupan diri yang sederhana bagi produk berasaskan susu di Malaysia, pelabur boleh mempertimbangkan untuk meneroka segmen hiliran dalam pemprosesan produk susu berasaskan tenusu atau berasaskan tumbuhan, memenuhi permintaan tempatan dan serantau. Dalam sektor pengilangan makanan, merangkumi syarikat multinasional, konglomerat tempatan dan PKS, firma menerima pakai amalan ESG. Ini merangkumi mengitar semula bahan pembungkusan, pemasangan panel solar, penuaian air hujan dan pengurangan sisa. Langkah-langkah ini selaras dengan piawaian ESG berorientasikan eksport, dan kerajaan komited untuk membantu usahawan merentasi rantaian bekalan makanan untuk mencapai matlamat kelestarian ini.
Projek-projek yang diluluskan ini berada di bawah bidang kuasa MIDA manakala penjaga utama projek di bawah sektor pertanian ialah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang turut meluluskan projek pelaburan tahunan. Untuk mengetahui insentif pelaburan selanjutnya, sila layari laman web mereka.
Pemprosesan Makanan
Kerajaan menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi canggih dalam operasi, bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pertanian, keperluan diri dan keuntungan. Teknologi ini juga membawa kepada proses pengeluaran yang lebih selamat, cekap dan mesra alam.
Subsektor pemprosesan makanan penting untuk ekonomi Malaysia yang pelbagai dimana ia menawarkan peluang pengilangan produk makanan bernilai tinggi. Untuk kekal berdaya saing, pengeluar makanan meneruskan pendekatan yang cekap, automatik dan fleksibel untuk memenuhi permintaan pengguna.
Makanan Haiwan
Penekanan yang tinggi telah diperhatikan dalam industri makanan global untuk segmen makanan haiwan. Pada tahun 2022, fokus ini dimanifestasikan melalui 6 projek yang telah diluluskan untuk subsektor ini, dengan pelaburan berjumlah RM132.8 juta. Projek-projek ini telah disesuaikan secara khusus ke arah pengeluaran dan pembangunan pelbagai produk makanan haiwan.
Ternakan
Perladangan
Perikanan
Buah-buahan & Sayur-sayuran
Florikultur
*Sila rujuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk maklumat lanjut.
Kerajaan giat mempromosikan inovasi dan penggunaan teknologi termaju, dengan penekanan pada prinsip ESG dikalangan pemain industri. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pertanian, keperluan diri, dan mengurangkan kebergantungan kepada import. Teknologi ini juga meningkatkan keuntungan dan memacu proses pengeluaran yang cekap, selamat dan mesra alam.
Nestle melabur lebih daripada RM100 juta untuk mengembangkan kilang Milo di Chembong, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kehadiran Nestle di Malaysia. Loji Milo di Chembong adalah merupakan komponen yang penting bagi perniagaan syarikat, membekalkan Milo di pasaran domestik dan menyumbang kepada eksport ke lebih daripada 20 buah negara.