B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Tenaga Boleh Diperbaharui

Tenaga Boleh
Diperbaharui

Ketika dunia menyahut seruan penggunaan ‘tenaga yang lebih mampan’ dan ‘kurang karbon’, Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) telah muncul sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang. RE dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada tahun 2040.

RE merujuk kepada sebarang bentuk tenaga primer yang berasal daripada sumber yang tidak habis seperti tenaga suria, biojisim, biogas, hidro mini dan tenaga panas bumi. Di Malaysia, projek solar adalah RE yang paling meluas kerana kos pengeluaran peralatan fotovoltaik (PV) yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek hijau.

76.7%

Pelaburan Domestik

(RM2.3 bil)

RM3 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

90%

23.3%

Pelaburan Asing

(RM0.7 bil)

RM3 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

76.7%

Pelaburan Domestik

(RM2.3 bil)

23.3%

Pelaburan Asing

(RM0.7 bil)

842

Projek Diluluskan

458

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Projek Tenaga yang Boleh Diperbaharui yang Diluluskan Pada 2021

Tenaga solar

826 projek
RM2.8 bil

Solar untuk kegunaan sendiri

818 projek
RM643 juta

Solar berskala besar

8 projek
RM2.1 bil

Biogas

14 projek
RM196.3 juta

Biojisim

2 projek
RM38.8 juta

Sokongan Kerajaan

Kerajaan terus mengutamakan penggunaan hijau dengan melanjutkan Elaun Cukai Pelaburan Hijau untuk pembelian aset teknologi hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau ke atas penggunaan perkhidmatan teknologi hijau sehingga 2023. ITE juga dilanjutkan untuk syarikat yang menjalankan aktiviti pajakan solar untuk meningkatkan penyertaan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Sorotan Pelabur Kami

"Gading Kencana telah membangunkan, membina dan menjalankan operasi dua ladang solar di Melaka dan Perak, dengan jumlah penjanaan elektrik tahunan sebanyak 63,771 MWh dijual kepada TNB."

- Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB)

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
1. Garis Panduan untuk Permohonan Galakan dan/atau Jawatan Pegawai Dagang
2. Senarai Semak Permohonan Galakan Teknologi Hijau - Projek Hijau
3. Permohonan Galakan dan/atau Jawatan Pegawai Dagang
wpChatIcon