This site
is mobile
responsive
Perkhidmatan Hijau
Penyedia perkhidmatan hijau berperanan penting dalam membantu pelaksanaan teknologi hijau. Terdapat banyak peluang yang belum dimanfaatkan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan tenaga yang boleh diperbaharui (RE); kecekapan tenaga; perkhidmatan sokongan kenderaan elektrik (EV) seperti perkhidmatan untuk stesen pengecasan EV, operasi stesen pengecasan EV dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih EV; bangunan hijau; pusat data hijau; pensijilan dan pengesahan hijau, dan perbandaran hijau.
Kerajaan terus mengutamakan penggunaan hijau dengan melanjutkan Elaun Cukai Pelaburan Hijau untuk pembelian aset teknologi hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau ke atas penggunaan perkhidmatan teknologi hijau sehingga 2023. ITE juga dilanjutkan untuk syarikat yang menjalankan aktiviti pajakan solar untuk meningkatkan penyertaan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).