B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lain-lain Perkhidmatan – Syarikat Berstatus MSC

Status MSC Malaysia

Multimedia Super Corridor (MSC) ditubuhkan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital negara. Ia adalah zon ekonomi khas yang dirancang untuk menyokong ekosistem IT dan industri yang digerakkan oleh IT yang inovatif dan pertumbuhan ekonomi digital negara.

 

MIDA bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memacu negara ke arah penggunaan digital, keusahawanan digital dan inovasi. Syarikat-syarikat yang dapat menyumbang kepada tujuan pembangunan negara ini dan memenuhi syarat yang diperlukan diberikan Status MSC Malaysia, yang menawarkan insentif cukai yang menarik.

 

Pada tahun 2021, sebanyak 27 projek Status MSC telah diluluskan dengan pelaburan bernilai RM2.2 bilion. Ini akan membuka jalan kepada 1,921 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu, RM1.6 bilion (76.5%) dijana daripada pelaburan domestik.

27

Projek Diluluskan

RM2.2 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan

pada tahun 2021

1,921

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Aktiviti yang Digalakkan MSC Malaysia

 

Syarikat yang ingin memohon status MSC Malaysia mestilah merupakan penyedia perkhidmatan yang berkaitan dengan mana-mana perkara berikut:

 

 

  • Analitik Data Raya (BDA)
  • Kecerdasan Buatan (AI)
  • Teknologi Kewangan (FinTech)
  • Internet Kebendaan (IoT)
  • Pusat Data dan Awan (teknologi / perisian / reka bentuk dan sokongan)
  • Blok Rantai (Blockchain)
  • Teknologi Media Kreatif
  • Platform Perkongsian Ekonomi
  • Antarmuka Pengguna dan Pengalaman Pengguna (UI / UX)
  • Rekabentuk Litar Bersepadu (IC) dan Perisian Terbenam
  • Percetakan 3D (teknologi / perisian / rekabentuk dan sokongan)
  • Robotik (teknologi / perisian / rekabentuk)
  • Autonomi (teknologi / perisian / rekabentuk dan sokongan)
  • Rekabentuk dan Sokongan Sistem / Rangkaian
  • Perkhidmatan Perniagaan Global atau Khidmat Luaran Proses Pengetahuan (tidak termasuk pusat panggilan bukan teknikal dan / atau bernilai rendah, kemasukan data, dan proses pengambilan sumber)

Sumber: MDEC

Malaysia, Portal Nadi Digital ASEAN (MHODA)

 

Portal MHODA berfungsi untuk memastikan proses lebih cepat dan diperkemas untuk permohonan pelaburan digital kerana pelabur tidak perlu menavigasi berbilang saluran atau IPA untuk mendapatkan pelaburan mereka di Malaysia. Portal ini dilancarkan di bawah penubuhan Pejabat Pelaburan Digital (DIO) yang diterajui oleh MIDA dan MDEC.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang DIO, sila klik di sini.

 

 

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Muat turun garis panduan mengenai insentif kewangan MSC Malaysia
wpChatIcon