B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Wellington College akan buka sekolah di Asia Tenggara termasuk Malaysia

Wellington College akan buka sekolah di Asia Tenggara termasuk Malaysia

23 Feb 2022

Sekolah berasrama penuh United Kingdom, Wellington College akan membuka sekolah di tiga negara Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui perkongsian serantau dengan ahli perniagaan Singapura Peter Lim.

WCI Regional Management, syarikat Lim, menandatangani perjanjian lesen induk untuk menubuhkan Wellington College International sekolah antarabangsa premium bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun di Singapura dan juga Indonesia.

“Kami gembira bekerjasama dengan Wellington College untuk menawarkan kepada ekspatriat dan ibu bapa di Asia peluang pendidikan British yang terbaik kepada anak-anak mereka di kampus di Asia Tenggara,” kata Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Perancangan syarikat itu adalah untuk menampung keperluan sehingga 2,000 pelajar di setiap sekolah dengan menawarkan program awal persekolahan, program persediaan dan sekolah menengah mengikut English National Curriculum dan berakhir dengan Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB).

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Peter Lim untuk melancarkan rangkaian sekolah cemerlang di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

“Rantau ini semakin berkembang pesat, mendorong  permintaan untuk sekolah antarabangsa seperti Wellington yang menawarkan pengalaman akademik menyeluruh dan peluang yang tiada tandingan.” kata pengarah antarabangsa Wellington College International, Scott Bryan.

Sekolah-sekolah tersebut akan menyertai kumpulan sekolah antarabangsa Wellington College, termasuk sekolah di China dan Thailand, dan sekolah pertama di India yang dibuka pada 2023.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon