B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


TWL, TATRA mahu tembusi sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan Asia Tenggara

TWL, TATRA mahu tembusi sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan Asia Tenggara

01 Apr 2022

TWL Holdings Bhd (TWL) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Tatra Investment LLC untuk membentuk kerjasama strategik bagi menembusi sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan Asia Tenggara.

TWL dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua pihak akan menubuhkan syarikat usaha sama 50-50 iaitu Tatra TWL Medicare Sdn Bhd.

“Kerjasama itu melibatkan perolehan, import, pembekalan, pengedaran, penyelidikan, pembangunan, pengeluaran serta pengkomersialan produk perubatan, farmaseutikal termasuk penjagaan kesihatan lain di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Pengarah Urusan TWL Shirley Tan Lee Chin berkata fasa pertama kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada Ujian OXSED RaVid DIRECT SARS-CoV-2 dan produk “Cirdle Healthpod” yang menggunakan teknologi RT-LAMP sebagai alat ujian utama pengesanan COVID-19.

“Ujian RT-LAMP telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia), dengan tujuan menggantikan ujian RT-PCR yang sedia ada sebagai alat ujian utama untuk pengesanan COVID-19 di Malaysia,” katanya .

Melangkah ke hadapan, TWL berkata kedua-dua pihak juga turut memberi tumpuan ke atas produk perubatan dan kesihatan yang lain.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X