B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat Jepun, PETRONAS bincang bangun teknologi hijau

Syarikat Jepun, PETRONAS bincang bangun teknologi hijau

31 Mei 2022

Beberapa syarikat besar di Jepun sedang mengadakan perbincangan dengan PETRONAS untuk membangunkan teknologi hijau di Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, satu kajian sedang dijalankan berhubung perkara itu dan ia adalah usaha yang baik untuk negara dalam mencapai matlamat karbon sifar bersih seawal tahun 2050.

“Ini akan kita teruskan dan kita juga telah meminta pihak Jepun untuk meneruskan kerjasama itu,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2022 bertemakan ‘Ekonomi Lestari, Teguh dan Makmur’ anjuran MITI hari ini.

Mohamed Azmin menyifatkan usaha MITI untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara berjaya dalam membantu mencipta pekerjaan berkualiti tinggi serta membawa teknologi baharu yang membolehkan pengusaha kecil dan sederhana untuk lebih aktif meningkatkan produktiviti mereka menggunakan teknologi canggih.

Selain itu, katanya, Dasar Pandang ke Timur (DPT) juga telah banyak membantu dalam memperkasakan sosio-ekonomi Malaysia sejak diperkenalkan 40 tahun yang lalu, tetapi cabaran dalam memantapkan dasar itu berbeza pada masa sekarang.

“Tumpuan kita sekarang ini adalah kepada isu-isu alam sekitar, kelestarian dan teknologi hijau yang menjadi paksi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.

Baru-baru ini, Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaik taraf ke peringkat yang lebih komprehensif dan DPT diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim.

Majlis itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri MITI, Datuk Lim Ban Hong.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon