Selangor dalam landasan raih pelaburan RM10 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Selangor dalam landasan raih pelaburan RM10 bilion

Selangor dalam landasan raih pelaburan RM10 bilion

10 Okt 2022

Selangor mampu mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi berterusan negeri.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata bgi separuh pertama 2019, kerajaan negeri mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM6 bilion hanya dalam sektor pembuatan.

Beliau berkata, sektor pembuatan mencatatkan pelaburan utama kepada Selangor, menjadikan negeri itu berada dalam landasan tepat mencapai sasaran.

“Pelaburan kerajaan negeri dari tahun ke tahun mencatat prestasi pelaburan terbaik dalam sejarah. Pada 2018, pelaburan sektor pembuatan bernilai RM19 bilion, dua kali ganda dari sasaran awal kami.

“Kami berjaya menarik 241 projek pembuatan pada 2018. Pelaburan tempatan bernilai RM8.1 bilion manakala pelaburan langsung asing pada RM10.8 bilion.

“Ini peningkatan sebanyak 285 peratus berbanding prestasi pelaburan pada 2017,” katanya selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2019 di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata Selangor terus meningkatkan keupayaannya sebagai pemacu ekonomi terbesar di Malaysia dengan sumbangan sebanyak 23.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) .

Beliau berkata, rekod kejayaan ini menunjukkan Selangor menjadi negeri paling kukuh dalam ekonomi dengan menawarkan pelbagai infrastruktur pelaburan.

“Penganjuran SIBS kali ini membuka peluang kepada pelabur dalam dan luar negara termasuk perusahaan kecil dan sederhana meninjau peluang perniagaan yang disediakan di sini.

“Akses yang disediakan kepada Malaysia dan pasaran serantau membuktikan kami adalah pintu masuk pasaran ASEAN.

“Ia juga seiring dengan visi Selangor menjadi negeri pintar pada 2025,” katanya.

SIBS 2019 menyasarkan nilai transaksi sebanyak AS$60 juta (RM250 juta) sepanjang penganjuran selama empat hari.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon