B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


RGL/TCA perlu dipercepat untuk lonjakkan pelaburan ekonomi Malaysia – WTCKL

RGL/TCA perlu dipercepat untuk lonjakkan pelaburan ekonomi Malaysia – WTCKL

08 Feb 2021

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyarankan agar  Gelembung Perjalanan  Laluan Hijau Timbal Balik/ Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) disegerakan, khasnya kepada perniagaan bagi melonjakkan pelaburan ekonomi di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif WTCKL  Datuk  Seri Dr Irmohizam Ibrahim, pelaksanaan ini perlu dipercepatkan terutamanya untuk industri acara perniagaan (BE) dan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) yang merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.

Katanya, kesepakatan yang dicapai oleh kerajaan susulan lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia juga  akan membantu ke arah kelangsungan ekonomi negara, sekali gus menjadikan hubungan Malaysia dan negara-negara yang terlibat terus akrab.

“Anggaran kerugian sebanyak RM2.25 bilion setakat Disember 2020 yang dilaporkan oleh Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia itu sangat membimbangkan pemain-pemain industri dalam meneruskan perniagaan serta kekal relevan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, industri MICE di Indonesia pula mencatatkan anggaran kerugian sebanyak RM783.7 juta hingga RM2.0 bilion yang memberi kesan kepada 90,000 pekerja dari industri tersebut.

Selain itu, menurut Irmohizam, industri BE dan MICE dapat disemarakkan di skala antarabangsa sekiranya RGL/TCA ini mendapat penglibatan negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand serta anggota rantau Asia Pasik seperti China, Taiwan, Hong Kong, Australia dan New Zealand.

“Ia menjadi impian sektor BE dan MICE untuk meneruskan perkhidmatan dengan segera dan lebih menyeluruh dengan mengamalkan pengawalan prosedur operasi standard yang ketat seperti disarankan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan empat mata itu ialah pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan RGL, diskriminasi minyak sawit dan kerjasama dalam menangani COVID-19 serta pergolakan politik semasa di Myanmar.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X