B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion bagi projek pusat data di Ayer Keroh

Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion bagi projek pusat data di Ayer Keroh

27 Jul 2022

Kerajaan negeri Melaka menerima pelaburan berjumlah lebih RM1 bilion bagi pembinaan sebuah pusat data yang juga kedua terbesar negara selepas Cyberjaya.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ini susulan terdapat pelabur dari China yang berminat bagi pembinaan kemudahan tersebut di Melaka.

“Insya-Allah kita berharap pelaburan terbesar pusat data ini akan diterima oleh Melaka pada tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya ketika ditemui di luar dewan, Ab Rauf berkata satu kawasan seluas 8.0 hektar di Ayer Keroh di sini, telah dikenalpasti sebagai tapak pembinaan pusat data berkenaan.

“Saya tak boleh dedahkan dengan lengkap (mengenai pelaburan ini) kerana kita telah tandatangan NDA (perjanjian kerahsiaan) dengan syarikat ini.

“Pusat data ini merupakan yang kedua terbesar selepas Cyberjaya memandangkan Melaka di lokasi strategik antara Cyberjaya dan Johor serta mempunyai sambungan kabel dasar laut yang terletak di Pengkalan Balak,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) yang bertanyakan mengenai pelaburan-pelaburan khusus dalam pembangunan digital di Melaka.

Beliau turut menjawab soalan Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) mengenai pelaburan dalam negeri bagi 2022 serta sektor yang menjadi tumpuan.

Ab Rauf berkata pelaburan dalam negeri bagi 2022 dijangka lebih tertumpu kepada tiga sektor iaitu pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X