B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia terima penghormatan sertai inisiatif menambah kemahiran IPEF- MITI

Malaysia terima penghormatan sertai inisiatif menambah kemahiran IPEF- MITI

10 Sep 2022

Malaysia menerima penghormatan apabila terpilih sebagai satu daripada dua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) untuk menyertai Inisiatif Menambah Kemahiran IPEF yang menawarkan tujuh juta peluang latihan kepada wanita di seluruh rantau ini meraih kemahiran digital sebagai persediaan untuk pekerjaan berkualiti tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, sebagai penyampaian pertama kepada IPEF, inisiatif menambah kemahiran ini lahir daripada cadangan awal Malaysia kepada IPEF untuk menawarkan manfaat yang jelas kepada rakyat Malaysia melalui bantuan teknikal dan inisiatif pembinaan kapasiti.

“Selain itu, Malaysia menyarankan inisiatif serantau sebagai penyelesaian yang wajar bagi memastikan keselamatan rantaian bekalan yang memerlukan setiap negara mempunyai bekalan stok nasional bagi produk kririkal berikutan ada negara tertentu mempunyai kelebihan berbanding rakan dagangan lain,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Kanan MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpandangan, Memorandum Persefahaman mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat pada awal tahun ini, boleh diperluas kepada platform serantau seperti IPEF.

Beliau berkata cadangan itu disambut baik oleh Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo sebagai inisiatif untuk membantu mengukuhkan keuntungan.

Mohamed Azmin yang menghadiri perbincangan menteri-menteri peringkat tertinggi pertama mengenai IPEF di Los Angeles pada 8 hingga Sept 2022 turut berpeluang terlibat dengan pelbagai mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya serta mengadakan perbincangan dengan wakil sektor swasta.

Menurut MITI perbincangan itu merangkumi pelbagai perkara termasuk perkembangan terkini mengenai pelaburan dan perdagangan dua hala, mempermudah kerjasama sektor awam-swasta serta harapan rakan kongsi IPEF pada masa depan.

Mohamed Azmin berkata pelbagai libat urus dan pertukaran pendapat yang kukuh dan terbuka akan menguatkan diplomasi ekonomi antara AS dan rakan IPEF lain ke arah matlamat bersama untuk meningkatkan daya saing, membina daya tahan ekonomi serta merealisasikan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus secara kolektif.

Beliau berkata 14 rakan IPEF menyumbang 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar global dan 28 peratus daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan global.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon