B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia terima pelaburan pusat data berjumlah RM76 bilion hingga Mac tahun ini

Malaysia terima pelaburan pusat data berjumlah RM76 bilion hingga Mac tahun ini

10 Ogo 2023

Malaysia telah menerima pelaburan sebanyak RM76 bilion melibatkan pusat data bagi tempoh 2021 sehingga Mac tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata kejayaan itu berikutan kelebihan Malaysia dari segi tenaga boleh diperbaharui, keluasan tanah dan ekosistem ekonomi digital yang pesat berkembang.

Katanya, ketika ini beberapa pusat data global sudah melabur dan membuka operasi pusat data mereka di negara ini membabitkan Pusat Data GDS, YTL, Yondr dan AirTrunk.

“Pusat Data GDS yang saya lancarkan di sini hari ini, contohnya melabur RM4.8 bilion bagi membangunkan pusat data berteknologi tinggi.

“Semalam, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga memeterai lima kerjasama strategik melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) kepada empat pusat data bagi membekalkan 1,500 megawatt bekalan elektrik.

“Ini menandakan satu peristiwa penting dalam sektor digital Malaysia dan landskap teknologi mampan negara sekali gus akan menarik dan memudahkan pelabur global sektor itu menjalankan perniagaan di negara ini.

“Malaysia juga mempunyai kelebihan untuk berkembang dalam sektor digital kerana faktor kemudahan infrastruktur, kecekapan kos, simpanan tanah yang banyak selain sambungan lancar ke Asia dan seterusnya melalui 22 rangkaian kabel dasar laut dan 14 stesen pendaratan,” katanya selepas merasmikan pembukaan GDS NTP Data Center Campus, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han.

Tengku Zafrul turut menjelaskan ekonomi digital kini berdiri sebagai satu daripada asas ekonomi Malaysia yang utama. Ia menyumbang nilai besar iaitu 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, atau RM348 bilion pada tahun 2021.

“Sumbangan sektor ekonomi digital ini dijangka mencapai 25.5 peratus menjelang 2025, atau lebih RM382 bilion.

“Bagi pasaran pusat data di Malaysia pula, unjurannya adalah lebih luar biasa, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan purata 16 peratus atau RM9.36 bilion dari 2021 hingga 2026,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon