B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia dapat manfaat besar kenaikan harga komoditi

Malaysia dapat manfaat besar kenaikan harga komoditi

24 Mei 2022

Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana ia mengeksport pengeluaran domestik, menurut laporan Moody’s Analytics.

Laporan itu menekankan bahawa Malaysia, Colombia, Indonesia dan Arab Saudi adalah antara beberapa ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi.

“Bagi Colombia dan Arab Saudi, ia (komoditi) adalah minyak mentah. Bagi Indonesia dan Malaysia ia adalah minyak sawit, yang harganya telah melonjak berikutan kekurangan teruk minyak bunga matahari yang dikeluarkan oleh Russia dan Ukraine,” kata pakar ekonomi kanan, Jesse Rogers dalam analisis bertajuk ‘Emerging Market View: The Growth Recession’.

Beliau berkata, bagi ekonomi sedang pesat membangun lain, inflasi semakin tinggi dan bank-bank pusat tidak akan berputus asa sehingga ia dapat dibendung.

“Dasar monetari di kebanyakan Amerika Latin kini berada dalam zon yang terbatas. Malah di Asia Tenggara, yang mana inflasi adalah agak janggal, harga yang lebih tinggi dilihat semakin ketara.

“Bank-bank pusat telah mengambil tindakan, dengan gabenor bank di Filipina dan Malaysia menaikkan kadar. Ini seterusnya akan diikuti oleh Indonesia dan Thailand,” katanya.

Sementara itu, Rogers berkata kaji selidik bank pusat turut menunjukkan jangkaan inflasi masih meningkat dan ini boleh mencetuskan masalah jika pengguna mula memfaktorkan kenaikan harga ke dalam permintaan untuk gaji yang lebih tinggi, sesuatu yang masih belum meluas dan sebahagian besarnya ialah kerana pasaran buruh yang kekal lemah.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X