B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia akan perkenal dasar pelaburan baharu

Malaysia akan perkenal dasar pelaburan baharu

10 Mac 2021

Kerajaan akan memperkenalkan dasar pelaburan negara baharu untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kertas kerja mengenai cadangan dasar itu telah diluluskan dan disokong Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan akan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan ini.

“Selepas perbincangan dan libat urus yang panjang bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan (MoF) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kami berpendapat inilah masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan dasar pelaburan baharu ini.

“Tujuan aspirasi pelaburan negara adalah untuk menarik pelaburan berkualiti dan berteknologi agar kita boleh bersedia dengan tenaga kerja kita yang memenuhi permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri perhimpunan khas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), hari ini.

Susulan perbincangan antara MITI, EAC dan MIDA, Mohamed Azmin berkata, cadangan memperkenalkan insentif baharu untuk menarik pelabur asing ke Malaysia telah diputuskan untuk dibincangkan secara lanjut dengan MoF.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, Majlis Keselamatan Negara telah meluluskan pelaksanaan inisiatif Safe@Work yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata, inisiatif itu akan mewujudkan ‘gelembung industri’ dalam kalangan pekerja yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dan tempat kerja mereka, oleh itu industri berkenaan akan kekal beroperasi dan produktif.

“Kita akan asingkan pekerja yang mempunyai kontak rapat ini dan wujudkan ‘gelembung’ antara hostel dan kilang supaya pekerja akan dikendalikan dalam satu ‘gelembung’ yang telah dipersetujui.

“Industri ini akan terus beroperasi dan tidak terganggu, oleh itu mereka dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti. Saya juga gembira inisiatif ini mendapat sokongan pihak industri,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon