B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kolam abu TNB jana tenaga solar

Kolam abu TNB jana tenaga solar

03 Mac 2022

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Manjung, Perak yang merupakan stesen perintis projek ladang solar terapung Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu menjana tenaga sekurang-kurangnya 100MW.

TNB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kolam bersaiz 175 hektar yang menjadi tempat pembuangan abu dasar, berpotensi dijadikan ladang solar terapung untuk menjana tenaga.

Jelasnya, ketika ini, sebanyak 288 panel solar fotovoltaik (PV) telah dipasang di kolam itu dengan
kapasiti terpasang 105.12kWp bersamaan pengurangan 7.9 tan pelepasan karbon sebulan atau
penyerapan karbon dioksida oleh 409 pokok.

“Tenaga elektrik yang dijana melalui sistem ini dapat menampung keperluan tenaga elektrik bagi
30 buah rumah.

“Sekecil mana pun inisiatif menjana tenaga hijau memberi makna penting kepada usaha peralihan
tenaga negara yang kini menjadi antara agenda utama TNB melalui anak syarikat milik penuhnya
TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dalam hala tuju kelestariannya.

“Justeru, syarikat memanfaatkan apa jua kawasan yang sesuai, sekalipun ianya adalah kolam abu
di stesen janakuasa bagi menjana tenaga daripada sumber suria dengan memasang panel solar
PV terapung,” katanya.

Katanya, projek itu menyokong aspirasi Reimagining TNB (RT) dalam mewujudkan pertumbuhan
melalui sumber penjanaan masa hadapan, khususnya dalam menangani perubahan iklim dan
meningkatkan komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Ia juga adalah sebahagian penyelesaian inovatif hasil daripada aspirasi strategik TNB, RT dalam
mewujudkan pertumbuhan melalui sumber penjanaan masa hadapan bagi menangani perubahan
iklim dan meningkatkan komitmen terhadap ESG.

“Penyelesaian tenaga mampan TNB lain termasuklah ladang solar berskala besar (LSS) dan panel
solar atas bumbung. Sebagai pembekal bekalan elektrik utama negara TNB komited terhadap
kelestarian tenaga hijau untuk masa depan yang mampan.” katanya.

Tambahnya, ladang solar terapung tersebut tentunya menjimatkan penggunaan tanah (bagi
menghasilkan 1MW memerlukan keluasan satu hektar tanah), aset mudah alih dan lebih mudah
diuruskan, penyejatan air menjadi sistem penyejukan semula jadi dan tidak menjejaskan
ekosistem kolam.

Sumber: DagangNews

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon