B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk majukan sektor inovasi negara

Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk majukan sektor inovasi negara

02 Ogo 2022

ebanyak 99 projek dan program Penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion diluluskan untuk sektor inovasi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, projek dan program terbabit diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, kerajaan sedar ekosistem yang kondusif penting dalam menggalakkan lebih banyak pelaburan bagi penghasilan perkhidmatan dan produk dengan menjadikan inovasi sebagai tumpuan utama.

“Seperti mana yang saya umumkan semasa pembentangan RMK-12, kita bermatlamat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2025.

“Ini bermakna Malaysia perlu terus berubah dan berinovasi ke arah negara digital yang makmur dan berdaya tahan melalui pendigitalan, terima guna teknologi dan inovasi bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merangkap Pengarah bagi Biro Asia Pasifik, Kanni Wignaraja.

Ismail Sabri berkata, dalam aspek pengkomersialan, sekurang-kurang 50 peratus jumlah perbelanjaan R&D perlu menjurus kepada penyelidikan pembangunan eksperimental selain melahirkan lebih ramai pencipta teknologi serta usahawan teknologi tempatan bagi menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, pada tahun 2025, peratusan perbelanjaan kasar R&D (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka mencapai 2.5 peratus, berbanding 1.04 peratus sahaja pada tahun 2018.

“Bagi tujuan ini, sumbangan sektor swasta disasarkan mencapai 70 peratus daripada jumlah perbelanjaan R&D dengan sumber pembiayaan alternatif termasuk modal teroka, pembiayaan antarabangsa dan dana endowmen juga dipertingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, terdapat cabaran berkaitan inovasi yang perlu ditangani Keluarga Malaysia sebelum negara mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Ini termasuklah pelaburan sektor awam dan swasta yang rendah dalam R&D dan C&I, berbanding dengan negara maju. Contohnya, pada tahun

2018, GERD Korea Selatan ialah 4.52 peratus, Jepun 3.22 peratus, berbanding 1.04 peratus bagi Malaysia.

“Landskap R&D dan C&I Malaysia juga berbeza dengan negara maju kerana hampir 80 peratus penyelidik di negara ini pada tahun 2018 berada di institusi pengajian tinggi manakala 97.4 peratus usahawan datangnya daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (atau PMKS),” katanya.

Beliau berkata, selain itu, daripada 5,435 syarikat pemula sejak tahun 2010 hingga 2020, hanya lima peratus adalah berasaskan teknologi.

Justeru, katanya, bagi pendekatan jangka pendek dan sederhana, kerjasama dalam kalangan pihak penyelidik dan usahawan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan inovasi tempatan.

“Ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula Malaysia 2021-2030 (SUPER) yang menyasarkan 5,000 syarikat pemula dan lima syarikat bertaraf unicorn bernilai lebih AS$1 bilion menjelang tahun 2025.

“Setakat ini, Malaysia hanya mempunyai sebuah syarikat bertaraf unicorn iaitu CARSOME Sendirian Berhad.

“Oleh itu, lebih banyak insentif perlu disediakan bagi mewujudkan syarikat pemula berasaskan teknologi termasuk merangka strategi ekosistem inovasi terbuka bagi merancakkan inovasi negara menerusi penggemblengan idea semua pihak yang terbabit,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon