B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kargomind sasar buka 300 pusat kurier tahun hadapan

Kargomind sasar buka 300 pusat kurier tahun hadapan

15 Jul 2021

Penyedia perkhidmatan kurier Kargomind Express, milik syarikat Cargomind Sdn Bhd menjangkakan lebih 300 pusat kurier milik syarikat itu akan beroperasi di seluruh negara menjelang tahun depan.

Pengarah Urusan Cargomind Zahrol Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Kargomind Express menawarkan beberapa perkhidmatan melibatkan penghantaran iaitu perkhidmatan simpanan untuk jual “store2sell”, perkhidmatan “PicknPack” dan portal e-dagang bagi membantu usahawan di Malaysia untuk pasaran dalam negeri dan antarabangsa.

Beliau berkata dengan rangkaian perhubungannya di peringkat antarabangsa, pihaknya bersedia untuk menjadi perunding mengenai syarat dan prosedur untuk penghantaran barangan ke luar negara.

“Industri logistik adalah tunjang utama aktiviti perniagaan di seluruh dunia. Oleh itu, Cargomind bersedia membuka ruang perniagaan dan pekerjaan untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia khususnya bumiputera untuk menceburi bidang penghantaran ekspres (kurier) yang mampu untuk bersaing di pentas komersial yang kompetitif, seterusnya menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Zahrol berkata, berbekalkan pengalaman dalam sektor penghantaran, perkhidmatan kurier itu dapat mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan kepada orang ramai dalam suasana kelembapan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

Perkhidmatan kurier Kargomind Express telah memulakan operasi dalam penghantaran barang.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan kurier Kargomind Express boleh mengunjungi cawangan Kargomind Express yang berdekatan atau melayari www.kargomind.com.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon