B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dijangka cecah RM22.34 trilion

Dijangka cecah RM22.34 trilion

11 Nov 2022

Ekonomi halal global dianggarkan mencecah AS$4.96 trilion (RM22.34 trilion) menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, pertimbangan untuk ekonomi halal dicerminkan dalam Bajet 2023 yang dicadangkan, termasuk peruntukan bagi mempromosikan produk halal di pasaran global melalui program Perkhidmatan dan Halal Malaysia, dan inisiatif pembangunan untuk meningkatkan pematuhan dan inovasi pensijilan halal.

“Dengan memanfaatkan 46 pejabat kami di luar negara, Matrade menyediakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) semasa edisi ke-18 Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas 2022) untuk menghubungkan pengeksport Malaysia dan pembeli antarabangsa melibatkan perjanjian perdagangan bernilai tinggi dimeterai.

“Acara fizikal berkenaan dijalankan pada 6 September 2022, manakala INSP maya dilanjutkan kepada 15 November 2022 berikutan sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam kenyataan.

Mustafa berkata, Matrade bersedia membantu lebih banyak perniagaan mengambil peluang yang terbuka luas yang ada di pasaran antarabangsa dan mengambil langkah untuk memanfaatkannya.

Selaku tuan rumah kepada peserta pameran daripada lebih 30 negara dan pelawat perdagangan secara fizikal dan maya, Mihas, anjuran Matrade menggunakan sinerginya dengan syarikat berwajaran tinggi industri untuk menawarkan pengajaran dan tip penting untuk menggalakkan lebih banyak perusahaan Malaysia mula mengeksport, seperti Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N).

Berdasarkan pengalaman peribadi, gergasi eksport F&N menggalakkan perniagaan untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Matrade dan mengambil bahagian dalam pameran seperti Mihas, Gulf Food dan pameran perdagangan Perancis serta Salon International de I’Alimentation untuk tahap pendedahan dan promosi yang lebih tinggi bagi jenama masing-masing.

Katanya, F&N juga menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana untuk menetapkan visi dan sasaran yang lebih tinggi untuk memacu perusahaan mereka lebih jauh dalam pasaran eksport.

Sumber: Harian Metro

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon