B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dialog lancarkan terminal laut dalam Pengerang Fasa 3A

Dialog lancarkan terminal laut dalam Pengerang Fasa 3A

05 Apr 2021

Pengendali terminal tangki, Dialog Group Bhd yakin Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT) berpotensi untuk menarik lebih banyak kompleks penapisan dan petrokimia serta loji pembuatan petrokimia hiliran ke Johor.

Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Ngau Boon Keat berkata kumpulan itu dan rakan niaganya telah melabur melebihi RM13.5 bilion setakat ini bagi pembangunan Fasa 1,2 dan 3 daripada keseluruhan 485.62 hektar PDT.

“Kira-kira 202.34 hektar diperuntukkan untuk Fasa 3 dan fasa akan datang, manakala Fasa 1 telah menjadi pemangkin bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas, yang memberikan pelaburan bernilai melebihi RM100 bilion,” katanya dalam ucapan pada majlis pembukaan Terminal Pengerang 5 Fasa 3A secara maya hari ini.

Terminal ini terdiri daripada tangki simpanan berkapasiti 430,000 meter padu untuk produk petroleum bersih, kemudahan muatan tangki (termasuk infrastruktur bersama) dan kemudahan laut dalam (Jeti 3).

Menurut Ngau, Dialog telah menyiapkan pembinaan Terminal Pengerang 5 mengikut jadual dengan dermaga kapal yang pertama pada 19 Mac.

Beliau berkata terminal itu akan dikendalikan oleh anak syarikat tidak langsungnya, Pengerang Terminals (Five) Sdn Bhd yang telah memeterai perjanjian simpanan jangka panjang untuk menyediakan perkhidmatan simpanan dan pengendalian kepada BP Singapore Pte Ltd.

“Kepada BP, kami kekal komited untuk meneruskan perkongsian perniagaan kami yang telah lama terjalin melibatkan pelbagai kerjasama dan urus niaga perniagaan.

“Bersama-sama rakan niaga kami, kami yakin Pengerang dapat dijadikan ‘Rotterdam of the East’ dan terus merangsang aktiviti ekonomi jangka panjang dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Pada majlis yang sama, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kemajuan berterusan Fasa 3 akan terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan dan negara jiran melalui kewujudan peluang pekerjaan dan manfaat tidak langsung yang lain dalam keadaan ketidaktentuan sektor minyak dan gas akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon